BISNES PENDIDIKAN: MEMBANGUNKAN INDUSTRI PENDIDIKAN

Noraminah Omar Pendidikan Bisnes

BISNES PENDIDIKAN: Perusahaan penting dalam sektor Pendidikan Awal Kanak-kanak merupakan Usaha Sosial dan Ekonomi.

PENDAHULUAN

Pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak melibatkan banyak pihak. Berdasarkan pengurusan, sistem dan perundangan sekarang, ada pemisahan antara ejensi yang bertanggungjawab. Antara yang ketara ialah khidmat penjagaan yang berbentuk taska, pusat pendidikan dalam kategori tadika atau pusat perkembangan kanak-kanak, pusat jagaan dan pusat pendidikan dengan mengkhusus kemahiran tertentu. Pelbagai ejensi berbeza terlibat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan ejensi lain dalam hal pematuhan dan perlesenan.

SENARIO YANG BELUM BERUBAH

Pendekatan yang diberikan kepada pengusaha dan pengurusan tadika dan taska yang memang diberikan penekanan masih belum cukup menyokong para pengusaha. Ia merupakan satu hubungan yang simbiotik antara ejensi kerajaan, swasta dan pengusaha itu sendiri. Akibat wujudnya pelbagai keperluan ini, ketidakseragaman, kepelbagaian proses mengikut budi bicara dan kekeliruan antara pegawai menimbulkan keresahan yang panjang bagi ramai pengusaha.

Peraturan dan perundangan awal yang sudah lama ada memerlukan satu perubahan (revision) yang bersifat menyeluruh dan komprehensif. Bahagian perlesenan, pematuhan dan penguatkuasaan mesti diberikan satu nafas baharu. Kualiti perlu diberikan penekanan dan pada masa yang sama tidak boleh menyekat kepada potensi untuk setiap pengusaha itu berkembang.

PERATURAN TANPA MEMBANTUTKAN

Semua peraturan dan perundangan yang ada seharusnya bertujuan menyokong kepada usaha dalam industri ini. Bidang servis pendidikan bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan ekonomi malah kepentingan sosial.Bilangan sumber manusia di kalangan wanita dalam pelbagai tahap dan bidang kerja, memerlukan keluarga dalam masyarakat kita diberikan sokongan sewajarnya.

Penjagaan anak-anak menjadi kritikal kepada semua sektor awam dan swasta yang mempunyai peratusan pekerja wanita yang tinggi. Peraturan yang lebih inklusif perlu diberikan supaya para pengusaha dan perusahaan dalam industri pendidikan dan penjagaan kanak-kanak setara dengan industri perkhidmatan profesional yang lain.

PEMATUHAN PERLU MERANSANG PERKEMBANGAN INDUSTRI

Dalam bidang ini juga, beberapa peraturan seperti menghadkan kadar yuran dan tempoh kenaikan yuran perlu disemak. Bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan setara dengan keperluan perkembangan anak-anak, peraturan yang ditetapkan seharusnya bersifat inklusif dengan mengambil kira tahap ‘survival’ kepada para pengusaha.

Pakej ransangan dan bantuan yang diusulkan kepada ibu bapa yang bekerja dan layak seharusnya dilihat semula. Ia wajar diberikan dengan kadar yang setara untuk pembangunan anak bangsa dan pembangunan industri servis yang penting ini. Beberapa peraturan dan inisiatif lain yang membantu golongan wanita bekerjaya dalam menguruskan hal ehwal anak-anak perlu diambil sebagai satu pendekatan sokongan sosial yang lebih serius.

MENGURUS BISNES PENDIDIKAN
Mengurus bisnes pendidikan termasuk kemahiran mengurus staf.

MEMBANGUNKAN USAHAWAN BISNES PENDIDIKAN

Landskap pendidikan negara kini berubah. Maka, pemain dalam industri ini juga perlu melalui arus perubahan yang sama. Apabila keadaan COVID19 melanda, ramai menyaksikan bahawa komuniti usahawan dan pengusaha dalam bidang ini mengalami tekanan yang hebat.

Antara perkara yang menjadi ‘highlight’ ialah apabila masih ada yang menjalankan aktiviti perusahaan ini secara informal. Meskipun pandaftara dilakukan secara rasmi dengan mematuhi proses pematuhan yang diwartakan oleh ejensi, tetapi masih ada yang tidak termasuk dalam data pendaftaran perniagaan yang sah.

Selari dengan perubahan peraturan dan perundangan yang ada, para pengusaha dan usahawan dalam industri bidang pendidikan anak-anak juga perlu mengubah mindset, cara kerja dan pengurusan mereka dengan lebih objektif. Pengurusan taska, tadika atau pusat jagaan mesti diuruskan dengan memenuhi keperluan tujuan ekonomi dan sosial secara serentak.

Ia mesti dilakukan secara lebih bersistem dan profesional. Ia bukan lagi hanya sekadar aktiviti sampingan, sambilan atau memenuhi masa bersama anak sendiri disamping menjaga anak orang lain. Pusat jagaan dan pendidikan anak-anak tidak boleh hanya diuruskan sekadar memenuhi ‘passion’ tanpa disokong dengan kemahiran pengurusan yang praktikal.

Perubahan dalam industri pendidikan terutama pendidikan awal kanak-kanak perlu diubah melalui perubahan cara kerja para pengusaha. Kita perlu ada keseimbangan antara membangunkan pakar bidang dan pakar pengurusan (professional managers).

PENUTUP

Sebagaimana rancaknya pembukaan pusat pendidikan kanak-kanak, pusat jagaan dan seumpamanya, begitulah seharusnya aktiviti pembangunan industri dan sokongan yang ada. Bidang perkhidmatan servis dalam sektor pendidikan, terutama sub sektor pendidikan awal kanak-kanak memerlukan satu pendekatan baharu. Perubahan peraturan dan akta yang wajar diberikan perhatian, mesti mendapat tempat di kalangan penggubal dasar dan polisi dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Kita tidak boleh hanya sekadar bercakap tentang peningkatan GDP dan pendekatan fiskal yang digunakan, tanpa melihat kepada situasi sebenar di peringkat pelaksana.

– Noraminah Omar, Business Advisor

Life Tract Learning – Supporting Your Business Journey

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.