3 PERKARA BAHARU USAHAWAN PERLU PELAJARI DALAM BISNES

Jurnal Ramadan 1442H #1

Usahawan kini merupakan satu komuniti besar yang memberi impak kepada perkembangan ekonomi. Keusahawanan merupakan satu proses pembelajaran berterusan. Meskipun banyak program dan kelas kesahawanan yang ditawarkan, masa akan datang melihat bahawa usahawan bakal melalui satu keadaan baharu dalam dunia pembelajaran.

Kini, pendidikan adalah satu perusahaan dan perusahaan itu menjadi satu platform pendidikan. Ada banyak cara untuk kita belajar. Membaca, berjumpa rakan-rakan, menghadiri kelas, menemui mentor dan coach serta menjalankan aktiviti yang pelbagai, semua itu adalah antara perkara yang memberi peluang untuk kita belajar.

Setiap bahagian dan kemahiran yang kita perolehi hanya memberi impak apabila kita sentiasa berfikir. Berfikir tentang bagaimana kita boleh aplikasikan, berfikir bila dan di mana boleh kita amalkan serta dengan siapa atau siapa yang kita boleh bantu dengan pengetahuan dan kemahiran itu tadi.

time for a change, new ways, letters
Dalam bisnes, usahawan mesti peka kepada perubahan yang ada.

Antara 3 perkara penting bagi usahawan untuk pelajari dan kemaskini ialah:

1. Etika dan cara kerja

Apabila kita menyertai satu organisasai, seperti biasa kita akan belajar dan memahami dahulu budaya dan orang-orangnya serta sistam yang ada. Bagi kita sebagai usahawan, kita sendiri sentiasa mewujudkan budaya yang kita mahu bina dalam syarikat.

Maka, etika kita bekerja dalam syarikat sendiri, bekerjasama dengan usahawan lain dan berurusan dengan syarikat lain mesti kita fahami juga. Ada kepelbagaian cara bagaimana setiap individu menetapkan cara mereka menguruskan kerja masing-masing.

Antara yang utama, kita sebagai usahawan mesti boleh mengenalpasti dengan jelas nilai yang kita pegang serta mempunyai polisi kerja. Perkara umum seperti etika setiap individu dalam hal pembawaan diri, menjadi salah satu perkara dalam pembangunan profesional yang kita mahu bentuk dalam organisasi

Pengurusan masa dengan menyusun rancangan tahunan, bulanan, mingguan dan harian merupakan satu kemahiran penting yang melibatkan etika dan cara kita bekerja. Meskipun kita seorang usahawan, kita masih bekerja dalam syarikat kita sendiri. Ini adalah perkara penting yang mesti kita jelas dan faham.

2. Beradaptasi dengan suasana dan struktur organisasi

Saya melihat kebolehan untuk ‘navigating your power within an organisational structure’ menjadi satu kemahiran yang penting. Situasi semasa yang banyak perubahan, memerlukan kita sentiasa sedar dengan perubahan semasa.

Kesan kepada pandemik yang melanda semenjak tahun lalu, memberikan impak yang besar. Kebolehan keadaan sekeliling untuk kembali kepada situasi asal bakal mengambil masa yang lama. Bermakna, kita mesti beradaptasi dengan cara dan gaya pengurusan yang berubah.

‘Most likely, we are not able to get back to normal’. Inilah yang banyak diperbincangkan oleh ramai usahawan. Meskipun cara interaksai dan pengurusan secara offline iaitu ‘face to face’ kita jangkakan dapat bermula, hakikat bahawa perubahan kepada bekerja di belakang skrin kini menjadi penerimaan umum. Kita masih memerlukan kewujudan cara pengurusan yang berbentuk hibrid dari masa ke semasa.

Apabila situasi ini berlaku, maka wujud perubahan cara kerja serta struktur pengurusan semasa dalam banyak syarikat dan organisasai. Sebagai usahawan, kita tidak dapat lari daripada kenyataan bahawa kita perlu mempelajari kemahiran untuk beradaptasi dengan keadaan ini.

3. Melakukan sesuatu secara berterusan

Konsistensi merupakan salah satu pencapaian yang menjadi penanda aras bagi banyak perusahaan. Malah, ini merupakan antara elemen penting dalam pengurusan yang menjadi faktor yang membezakan antara satu usahawan dengan yang lain.

Model pengurusan yang menjurus kepada pembinaan bisnes yang ‘sustainable’ menjadi perbincangan hangat di kalangan usahawan dan akademia. dalam konteks ini, kita boleh lihat bagaimana kesungguhan dan usaha yang berterusan membolehkan membolehkan pencapaian dan hasil yang konsisten dihasilkan.

Namun, ini juga bergantung kepada situasi dan konteks yang ada. Sebagai usahawan, kita mesti meningkatkan keupayaan kita dengan menjadikan 3 kemahiran ini sebagai salah satu KPI yang kita capai menjelang tahun 2022.

Secara amnya, bukan hanya kita sebagai usahawan yang sentiasa perlu peka kepada perubahan. Namun, apabila mempunyai tugas dan tanggungjawab yang khusus dalam menjalankan dan membangunkan perusahaan, ini menjadi satu keperluan yang kritikal.

Menjalankan analisa dari masa ke semasa mengikut keperluan menjadi salah satu elemen penting dalam perancangan yang kita ada.

Noraminah Omar, Business Advisor – www.lifetractlearning.com

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.