3 PERUBAHAN PENTING UNTUK USAHAWAN ERA BAHARU

Usahawan bisnes era baharu

Jurnal Ramadan 1442H #2

KIta perlu ada satu cara penceritaan yang baharu tentang usahawan, dunia usahawan serta wanita sebagai usahawan. Cerita tentang jualan, pemasaran, jatuh bangun dalam bisnes, gagal, kena tipu, hilang wang modal dan yang seumpama dengannya, memang cerita yang benar.

Aliran kisah membuka bisnes tanpa modal, bermula dengan berkuli, rugi dahulu dan yang seangkatan dengannya, juga satu perkongsian yang banyak diketengahkan. Sama ada kita ini baharu mula memikirkan idea bisnes, mahu memulakan bisnes, sudah memulakan bisnes, sedang mengurus bisnes baharu, ssedang memikirkan cara berkembang atau sudah berkembang dan pening mememikirkan masa hadapan, ini semua adalah fasa berbeza.

Perbezaan setiap fasa ini, menentukan bagaimana cara kita mengurus dan merancang. Tindakan yang kita ambil juga berbeza, tidak sama antara satu dengan yang lain.

Bagaimana kita boleh mengubah kisah dan aliran cerita yang kelihatan serupa?

Baca

Ubah dan tambah bahan yang kita baca. Sekiranya kita tidak membaca, bacalah! Sekiranya kita sudah membaca, ubah bahan bacaan. Tambah bahan bacaan. Jenis bahan bacaan mungkin berbeza Sama ada dalam bentuk digital atau cetak. Genre bahan bacaan juga berbeza, Sama ada berbentuk ilmiah, sama ada novel, cerita, jurnal dan seumpamanya.

Sekiranya kita biasa membaca bahan motivasi, sudah tiba masanya kita mula membaca bahan tentang pengurusan. Kita boleh tambah bahan bacaan tentang kepimpinan, strategi dan seumpamanya. Kepelbagaian ini, akan membolehkan kita bercerita secara verbal atau bertulis dengan satu pendekatan baharu.

Setiap kali membaca, mesti tanyakan kepada diri kita 3 soalan penting.

> Apa dan bagaimana yang saya boleh gunakan dengan ilmu atau maklumat ini?

>Bila saya bolah (akan) lakukan?

>Siapa yang saya boleh bantu atau ajak bersama untuk tujuan ini?

Apabila kita berfikir, kita akan menemui banyak idea baharu. Berfikir itu, memerlukan kita bertanya banyak soalan kepada diri sendiri.

Berkawan

Semua orang ada ramai kawan. Tetapi bukan semua orang boleh berkawan dengan kita. Sama ada kita ini introvert atau extrovert, ia tidak menjadi isu. Apa yang utama ialah menerima hakikat bahawa kita memerlukan orang lain dalam kehidupan kita, meskipun mereka bukan kawan kita.

Dalam komuniti perniagaan, kita banyak bercakap tentang jaringan dan network. Ini berkenaan siapa yang mengenali kita dan apa yang orang ketengahkan apabila mereka bercerita tentang kita. ‘What will people talk about you when you are not in the room?’

Dalam dunia usahawan dan perniagaan, bukan semua kawan perlu ditukar kepada pelanggan. Sebahagian besar daripada kawan yang ada, memang kekal sebagai kawan sahaja. Malah, ada usahawan yang langsung tidak menjual kepada kawan-kawan yang rapat.

Ini semua tidak ada satu pendekatan standard. Malah saya melihatnya kepada keunikan pendekatan setiap usahawan itu kepada perniagaan dan ‘kawan-kawan’ mereka.

Saya? Ada sekumpulan kawan akan kekal menjadi kawan. Ramai pelanggan (atau klien) yang akhirnya menjadi kawan.

Suasana

Cara kita bertindak dan memberi respon banyak dipengaruhi oleh suasana. Apabila kita menjawab soalan atau kajiselidik,suasana juga memberi impak kepada jawapan yang kita berikan. Ia melibatkan keadaan sekeliling dan orang-orang sekeliling kita.

Ada yang memberi cadangan untuk kita ubah suasana dan persekitaran. Ada banyak juga faktor yang perlu diberi pertimbangan. Ini termasuklah, kejiranan, tempat kerja atau lokasi pejabat, kawan baik, bahan yang kita baca, platform media sosial yang kita pilih.

Ada beberapa individu yang saya kenali mengubah suasana dengan berpindah lokasi tempat tinggal atau berpindah lokasi bisnes perniaagaan mereka. Malah, perubahan yang jelas ini ada memberi kesan besar kepada fokus dan rancangan bisnes yang ada.

Menambah ‘circle of friends’ atau menukar yang baharu boleh bermula dengan menyertai kepelbagaian program dan platform yang ada. Sama ada berbentuk fizikal atau online, kedua-duanya memberi kesan perubahan kepada yang mengambil pendekatan perubahan ini.

Ringkasnya, selain daripada FB, ada ramai yang juga aktif di LinkedIn dan blog. Ini semua hanyalah sebahagian daripada cara usahawan berubah dan mengubah suasana sedia ada.

SEMPENA RAMDAN 2021

Secara umumnya, kita semua mahu sentiasa berjaya dan membawakan kebaikan. Pada masa yang sama, kita mahu mengambil kesempatan sempena Ramadan ini untuk mengorak satu langkah bangkit ke hadapan.

Smoga kita sama-sama berjaya!

-Noraminah Omar, Business Advisor – www.lifetractlearning.com

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.