Jurnal Ramadan 1442H #3
USAHAWAN & CABARAN
Sebagai usahawan adan pemilik bisnes, kita tidak akan lari daripada pelbagai cabaran. Bukan sahaja perkara yang melibatkan pengurusan kehidupan secara peribadi, malah ada perkara berbangkit dari masa ke semasa yang perlu kita lalui.
Dalam konteks usahawan, saya melihat kepada keadaan yang berlaku dari masa ke semasa. Ada yang bertentuk ‘trend’ dan akan hilang selepas satu ketika. Manakala, ada yang memang kekal dan berulang-ulang wujud dan berlaku.
Antara cabaran yang memang wujud dan sentiasa ada di semua jenis dan tahap perniagaan termasuklah beberapa perkara yang biasa, namun sering dilupakan oleh ramai orang. Apabila kita mengetahui perkara ini, maka ia lebih mudah sebagai usahawan untuk melaluinya.
Ada 3 cabaran utama yang akan sentiasa ada. Bezanya, sama ada ia banyak atau sedikit, cepat atau lambat ia berlalu dalam setiap fasa itu.
MASA
Kita semua mempunyai 24 jam yang sama, tidak ada siapa yang lebih dan kurang. Apa yang menjadi perbezaannya ialah komitmen dan cara kita menguruskannya. Sama ada ia berpunca daripada latarbelakang atau cara setiap usahawan itu menguruskan masa, kesan kepada pengurusan masa memberi impak yang besar.
Melalui pemerhatian dan pengalaman bekerjasama sebagai coach dan mentor kepada usahawan, saya sendiri melihat bagaimana kita sama-sama ‘struggle’ dalam mengurus dan menyusun masa untuk kerja bisnes dan pengurusan hidu seharian.
Serutama bagi SME dengan bisnes yang diusahakan sendiri dan dibangunkan secra perlahan-lahan, ia memerlukan satu eskplorasi dan proses pembelajaran berterusan. Bermula dengan mengurus dan menyusun jadual yang melibatkan hal peribadi dan keluarga, sehinggalah kepada pengurusan organisasi, ia memerlukan banyak perancangan dan perubahan dari masa ke semasa.
Saya sendiri melihat bagaimana ada pasangan usahawan muda yang betul-betul berusaha untuk menyusun jadual kerja dan pada masa yang sama membuat keputusan besar tentang cara serta pendekatan yang sesuai untuk pengurusan hal rumah tangga.
Pada masa yang sama, dengan situasi sekeliling yang disangka mendorong, cenderung untuk memberi tekanan secara tidak langsung kepada setiap orang. Akhirnya, ia banyak bergantung kepada usahawan itu sendiri untuk mempelajari dan merancang masa mereka sendiri.
WANG
Modal adalah antara perkara kritikal dalam mana-mana bisnes. Bezanya sama ada ia sedikit atau banyak, cepat atau lambat. Modal wang memang diperlukan. Memahami jenis-jenis modal dalam perniagaan membantu usahawan dan pemilik bisnes untuk merancang.
Apabila mereka jelas dengan jumlah sebenar yang diperlukan dan bilakah keperluan itu mesti ada, mereka akan dapat mencari jalan di mana untuk mendapatkan modal itu. Keadaan di mana modal terhad memberikan dua impak.
Usahawan dengan modal terhad cenderung untuk berusaha lebih kuat dan kreatif dalam perusahaannya. Pada masa yang sama usahawan yang ada akses dan modal yang lebih daripada cukup mempunyai kelebihan untuk terus meletakkan satu cara pengurusan yang lebih bersistem degan cepat.
Walaubagaimanapun, kita juga banyak melihat wujudnya ramai usahawan yang mempunyai isu pengurusan apabila mereka mempunyai modal yang banyak. Bagi situasi ini, pada kebanyakan masa usahawan gagal melihat risiko yang ada. Banyak ‘blindspots’ yang tidak dapat dilihat dalam situasi itu.
Meskipun dengan modal terhad, ia tidak menghalang mana-mana usahawan untuk terus merancang ke arah membangunkan bisnesnya. Walaupun dengan modal yang rendah, kini usahawan boleh sahaja meneruskan dengan apa yang ada. Modal baharu boleh dijana dengan adanya keuntungan yang dijana dari masa ke semasa.
TEAM – manusia
Menjalankan perniagaan ini memerlukan kita da ‘team’ yang membantu pergerakan dari masa ke semasa. Kerja-kerja dalam hal pengurusan perniagaan sama ada kecil atau besar memerlukan kita bekerjasama dan mampu membina team.
Dalam konteks tertentu apabila usahawan sudah merancang untuk membangunkan bisnes, kerja-kerja membangunkan syarikat perlu dilakukan juga. Maka, pengurusan bakat dan sumber manusia dalam syarikat bisnes itu menjadi satu perkara yang kritikal.
Bagi usahawan yang banyak menjalankan bisnes engan kolaborasi dan kerjasama, mereka mungkin mempunyai model pengurusan yang berbeza apabila mereka membina ‘team’. Tidak kira apa jenis bisnes dan model pengurusan yang diadaptasi, setiap perusahaan tidak boleh dijalankan secara sendirian.
TAHU, SEDAR DAN AMBIL TINDAKAN
Apabila kita sebagai usahawan sedar dan tahu bahawa perkara ini merupakan cabaran yang biasa untuk semua, maka kita akan menghadapai situasi dan cabaran ini dengan lebih tenang. Malah, kita akan dapat bercakap dan mengambil inspirasi daripada ramai usahawan lain.
Kebolehan untuk kita belajar daripada pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain membolehkan kita mengambil tindakan dengan lebih yakin.
Sama ada keputusan itu memberikan hasil yang baik atau sebaliknya, keputusan yang kita buat itu tetap baik pada masa kita melakukannya.
