5 PERKARA PENTING UNTUK MULAKAN AKTIVITI KEWANGAN BISNES

Noraminah Omar bisnes usahawan

Kewangan bisnes, mesti melibatkan ada aliran wang masuk dan wang keluar. Sama ada banyak atau sedikit, ia mesti dimulakan. Bagi yang memulakan bisnes terutamanya, sudah tentu mesti adakan aktiviti jualan dan menjana pendapatan.

Biasalah, ramai yang mengatakan bahawa menjual, bukan maknanya kita ada bisnes. Tetapi, apabila sudah ada transaksi yang konsisten dan stabil, maka kita bakal mula membina bisnes. Asalkan kita mahu meneruskannya, sudah tentu jalannya akan nampak jelas.

Pengurusan Kewangan untuk Pemula

Kali ini, saya kongsikan beberapa perkara penting yang memang biasa dilakukan dan mesti dimasukkan dalam rancangan bisnes di peringkat awal. Sekiranya bisnes sudah lama, boleh ‘review’ semula semua ini. Sekiranya ada keperluan semak dan ubah, maka mesti dilakukan.

Berikut 5 perkara tersebut:

Mulakan

MULAKAN JUALAN PERTAMA!

Ini penting. Bagi pemula, ramai yang bertangguh dan menunggu atau ‘hesitate’ untuk buat jualan pertama. Adakalanya, ia memerlukan satu langkah awal dan diteruskan supaya motivasi lanjut untuk meneruskan aktiviti jualan.

Menjual, bukan mudah bagi orang yang baru bermula. Malah, ia juga sukar sekiranya kita ubah jenis bisnes atau produk dan servis yang kita jual. Jadi, dengan ada sokongan yang betul atau dengan ada kumpulan sokongan yang sama-sama dalam aktiviti jualan.

1.Bina volume

Selepas sudah selesa dengan aktiviti jualan dan mampu menguruskan hal asas dalam jualan, sudah terus mulakan dengan membina volume. Sama ada menambah belian daripada psetiap pelanggan atau menambah pelanggan baru daripada yang sedia ada.

Apabila sudah mempunyai satu data pembeli boleh jalankan aktiviti yang mendorong kepada pembelian yang lebih atau referral daripada pembeli sedia ada. Ini semua, memerlukan pengetahuan dalam pemasaran. Sama ada secara digital atau offline, ini bergantung kepada rancangan bisnes yang kita sediakan.

2.Upsell

Antara aktiviti wajib yang ada dalam setiap jenis transaksi jual beli ialah ‘upsell’. bermakna, apabila satu pelanggan membeli, kita dorong mereka menambah pembelian. Bab ‘upsel’ ramai yang akan rujuk skrip dan cara yang digunakan oleh pekerja di McD. Tetapi, selepas mesin mengambil alih tugas ambil order, masih ada cara yang sama dilakukan. Setiap kali pelanggan set order, akan ada skrip ‘upsell’.

Untuk tujuan ini, kita mesti mempunyai beberapa pakej servis atau produk yang sesuai untuk ditawarken kepada pelanggan untuk ‘upsell’. Seperti biasa, jika beli set makanan, akan ditawarkan untuk tambahan side order. Sekiranya beli set pecuci muka, ada tawaran beli gincu atau losyen badan. Jika beli satu program latihan, ditawarkan untuk ambil sesi coaching selepas latihan.

Cara dan pendekatan ‘upsell’ mungkin berbeza daripada satu dengan yang lain dan ini bergantung kepada rancangan yang kita susun.

3.Pelanggan ulangan (repeat clients and sales)

Pembelian berulang merupakan satu langkah yang mesti ada dalam rancangan kita memastikan adanya aliran kewangan masuk yang stabil. Dalam beberapa jenis bisnes, pelanggan lebih mudah mengulang-ulang belian berbanding bisnes yang lain.

Bagi produk berbentuk komoditi, meskipun senang dijual, persaingan untuk memastikan pelanggan membeli daripada kita itu agak mencabar, Bagi bisnes servis atau produk yang boleh dipekajkan dengan model langganan (subscription) ia nampak lebih ‘sustainable’.

Pengursan kewangan bisnes kita juga banyek perbeza dengan perbezaan model dan cara pelanggan membeli. Ini merupakan satu perkara yang mesti difahami dengan jelas oleh usahawan. Mempunyai kefahaman yang betul tentang model bisnes termasuk segment pelanggan dan nilai yang ditawarkan itu membantu untuk kita mencipta satu cara untuk mendapatkan pelanggan yang berulang.

4.Tambahan aliran pendapatan

Aliran pendapatan atau ‘revenue stream’ dalam setiap bisnes memberi kesan kepada pengurusan kewangan. Malah, sebanyak mana sumber duit dijana untuk bisnes kita itu, menjadi satu petunjuk sejauh mana kompleksnya pengurusan yang perlu kita pantau.

Menambah aliran pendapatan untuk bisnes kita bermakna kita menambah rancaknya aktiviti pengurusan kewangan yang sedia ada.

Bagi beberapa jenis bisnes, sumber pendapatan merupakan satu jenis pencapahan dalam bisnes yang kita jalankan. Contohnya, ada usahawan yang menjalankan khidmat latihan, menambah aktiviti bisnes dengan dengan menjual bahan bacaan (buku) untuk menyokong program latihan yang dijalankan. Ada yang menawarkan lanjutan khidmat konsultasi dan menjadi penasihat dalam bidang tertentu.

Contoh lain pula, ada usahawan yang memasak di kedai dan menjualnya. Selain daripada itu, mereka mengambil tempahan berbentuk servis katering. Beberapa uahawan juga mengambil pendekatan memasarkan makanan sejuk beku daripada servis yang ada.

Penambahan kepada aktiviti dalam bisnes ini menjadikan wujudnya penambahan cabang sumber pendapatan yang ada tanpa perlu membuka bisnes baharu. Menggunakan sumber yang ada termasuk aset dan sumber manusia, bisnes dapat menjana sumber pendapatan yang berbeza.

Rancang Bisnes Kita

Setiap bisnes yang dijalankan mesti ada aktiviti jualan. Jadi, ini mesti dimasukkan dalam rancangan bisnes. Semua aktiviti sama ada pengurusan operasi, jualan dan pemasaran, sumber manusia, kewangan dan akaun, ia merupakan satu sistem yang simbiotik. Bermakna, ia tidak boleh berjalan secara berasingan.

Memastikan prioriti, membolehkan kita menguruskan semua ini dengan lebih baik.

Noraminah Omar bisnes usahawan

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.