3 PERKARA USAHAWAN PERLU BUANG

Noraminah Omar bisnes usahawan

Ada perkara yang perlu usahawan kekalkan, teruskan dan buang apabila kita menjalankan perniagaannya. Tidak kira apa jenis bisnes dan aktiviti yang dilakukan, ia memberikan hasil yang kita dapat. Perkara yang berlaku seperti untung dan rugi adalah hasil daripada apa yang kita buat dan kita tidak buat.

Sebagai seorang usahawan kemahiran dan kebolehan menjadi ketua perlu ditingkatkan dari masa ke semasa. Ia bukan sahaja tentang gaya dan cara bercakap, tetapi ia bermula dengan kebolehan ‘expressing your ideal well’.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, keupayaan usahawan mengetuai, membuat keputusan, memberi inspirasi, mendorong orang lain termasuk staf bermula dengan keyakinan diri. Keyakinan diri yang asas boleh dimulakan dengan praktis dan memberi ruang kepada diri sendiri untuk meningkatkan prestasi.

Dalam usaha menjalankan dan meningkatkan bisnes, tidak kira jenis dan industri, semua usahawan memerlukan satu tahap dan daya kebolehan sejajardengan perubahan dan peningkatan bisnesnya.

Kali ini, kita lihat 3 perkara yang berbentuk dalaman untuk seorang usahawan ‘buang’ daripada rutin untuk dirinya dan juga organisasi bisnes yang dipimpin.

BUANG #1 : Rumit

Permudahkan. Apa sahaja yang ada dalam bab dan hal pengurusan bisnes di semua bahagian, mudahkan. Pengurusan pelanggan, pemasaran, jualan, customer servis, HR, operasi….dan semua bahagian dalam bisnes mempunyai prosesnya.

Semak setiap satu dam mudahkan. Buang mana-mana proses atau perkara yang rumit tanpa mengabaikan keperluan pematuhan yang standard. Contohnya, mengurus dokumen dan menyusun resit untuk bahagian akaun adalah kerja yang renyah. Bukan rumit, tetapi boleh jadi rumit jika tidak diuruskan dengan betul. Tetapi, ia masih perlu dilakukan. Maka, mudahkan prosesnya dan sediakan semua keperluan atau fasiliti yang diperlukan.

Sekiranya sesetengah proses mengambil langkah yang panjang, pendakkan. Sekiranya satu proses memerlukan 10 langkah, lihat dan semak bagaimana boleh dikurangkan langkah itu tanpa mengurangkan kualiti atau melanggar mana-mana peraturan dalam bisnes.

BUANG #2: Proses yang mengganggu keseimbangan

Semua aktiviti dalam syarikat perniagaan yang kita jalankan adlaah dalam bentuk simbiotik. Ia saling bergantung dan berkaitan antara satu dengan yang lain. Bahagian operasi, bahagian pengurusan malah antara internal dan external sistem yang ada juga saling bergantung antara satu dengan yang lain.

Maka, setiap satu proses dalam setiap unit atau jabatan dalam syarikat mestilah menyokong antara satu dengan lain. Satu-satu cara kerja tidak boleh menggangu pencapaian bahagian yang lain. Contohnya, proses dan cara kerja di bahagian akaun tidak boleh mengganggu kerja-kerja di bahagian operasi. Katakanlah bahagian operasi memerlukan stok yang cukup. Maka, sokongan di bahagian pengurusan inventori dan bahagian kewangan mestilah cukup kuat. Jika tidak bahagian operasi akan ada masalah untuk meneruskan tugas mereka.

BUANG #3: Mindset

Tindakan yang kita ambil banyak menunjukkan cara kita membuat keputusan dan berfikir. Ada banyak perbincangan tentang cara berfikir. Sebagai usahawan, kemahiran berfikir yang kita ada perlu diasah dari masa ke semasa. Menghadiri kelas, seminar, program adalah antara caranya. Cari topik dan konten yang berkaitan dengan pemikiran dan strategi bisnes. Ramai juga usahawan yang banyak mengambil pendekatan untuk mencari coach atau mentor dalam bisnes mereka untuk tujuan ini.

Antara beberapa perkara penting mesti usahawan ubah dalam berfikir ialah:

  • Buang cara fikir, sudah cukup dan rasa selesa. Sentiasa teruskan dengan aktiviti baru, cabaran baru.
  • Buang cara fikir, tunggu. Menunggu apa yang ada dan disediakan bukan cara fikir usahawan. Mencipta peluang, mencari peluang adalah perkara yang perlu dilakukan.
  • Buang takut kepada risiko. Semua perkara ada risiko. Uruskan. Asalkan kita tahu dan sedar, maka kita akan bersedia menghadapi risiko.
  • Buang target untuk menang dalam berlawan. Meskipun dalam bisnes memang ada banyak persaingan, mindset mahu berlawan tidak diperlukan. Kini, lebihkan fokus kepada kerjasama dan kolaborasi bagi mencapai tujuan dan mencapai kelestarian. Dalam bisnes, kita mahu untung bukan setakat menang.
  • Buang tamak. Kita mahu semua, kita mahu yang paling banyak – ini cara lama. Kini, apabila kita berkongsi kuasa, berkolaborasi dengan cara dan strategi yang betul, kita bukan sahaja memang tetapi dapat bertahan dalam industri untuk satu tempoh yang panjang.

Secara amnya, setiap usahawan perlu bekerja keras untuk mengubah dan memperbaiki dirinya sebagaimana dia bekerja keras mengubah dan memperbaiki bisnesnya.

Salam usahawan! – Noraminah Omar

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.