Hari ini, kita sedang lalui. Kita biasa melihat ke hadapan supaya kita dapat merancang dengan baik. Kita tidak mahu terikat dengan perkara lampau. Kita tidak dapat mengubah sejarah, tetapi kita mampu merencana masa hadapan.
Kali ini, kita lihat mengapa kita mesti bermula hari ini. Apakah yang menjadikan kita mesti melihat hari ini lebih penting daripada semalam dan esok? Mengapa perlu bermula hari ini?
Apabila kita bermula dengan merancang, ia mesti disusuli dengan tindakan, Kemudian, kita menilai semula dari masa ke semasa. Pada msa yang sama, mengapa kita mesti beri perhatian kepada ‘hari ini’?
Setiap hari, kita melalui perkara yang berbeza meskipun rutin kita hampir serupa. Bagi ramai diantara kita, pagi, tengah hari, petang dan malam mempunyai rutin dan jadual tertentu. Sama ada usahawan, kita bekerja sendiri atau bekerja dalam syarikat orang lain, semuanya perlukan satu praktis yang baik setiap hari.
Apakah antara praktis itu?
- Menyusun jadual : Setiap individu mempunyai perkara yang spesifik untuk dicapai dalam satu tempoh. Jadi, menyusunnya mengikut kepentingan dan kadar masa yang diperlukan.
- Menyediakan senarai kerja : Ini biasa kita sebut sebagai ‘to-do-list’. Ada yang ambil pendekatan untuk menambah ‘what not to-do-list’ dalam senarai mereka.
- Menyemak perkembangan tugas dalam jadual : Refleksi merupakan satu aktiviti yang penting. Ambil masa setiap hari paling tidak 15 minit untuk melihat semula pencapaian dan apa yang sudah dilakukan sepanjang hari.
- Menilai semula setiap pencapaian : Apabila refleksi selesai, maka kita akan mula melihat perkara yang perlu dibaiki, diberhentikan atau diteruskan.
Ada masa nya sebagai serorang usahawan, kita sendiri terfikir untuk berhenti daripada melakukan apa yang sedang kita buat. Tetapi, apabila ada nyalarasa (passion) yang masih membahang, maka kita yakin kita akan dapat meneruskan usaha yang sedang kita lakukan.
Sebenarnya, tanya sahaja mana-mana usahawan. Mereka melalui satu pengalaman yang sama, iaitu ‘terfikir untuk berhenti’. Ya, ini benar. Namun, setiap usahawan mempunyai motivasi dan sebab tersendiri untuk mereka bangkit dan meneruskan apa yang mereka rancang.
Ramai yang mengambil pendekatan untuk berubah dan memperbaiki perkara yang perlu. Ini bukan sahaja untuk diri mereka, tetapi untuk kepentingan syarikat dan organisasi yang sedang mereka ketuai.
Mengapa perlu lihat hari ini?
Hari ini, menentukan hasil esok. Jadi, betapaa penting pun esok, hari ini mesti diberikan tumpuan yang sama. Fokus apa yang kita berikan hari ini supaya kita dapat melihat hasilnya esok? Esok, tidak bermakna serta-merta. Ia boleh jadi keesokan harinya atau selepas beberapa hari daripada hari ini.
Jadi, berikut adalah beberapa inspirasi untuk memastikan kita faham mengapa perlu kita mesti beri perhatian kepada hari ini.
Bina kebiasaan baik dengan praktis secara harian.
Kita mesti boleh membina satu rutin, tabiat dan kebiasaan secara harian. Apabila ini berlaku, maka kita dapat melihat beberapa perancangan dan rutin yang juga berbentuk mingguan, bulanan, tahunan dan dengan kalaan yang tertentu.
Ini semua perlu bermula dengan harian. Praktis yang konsisten dan bermula sedikit demi sedikit.
Mulakan awal, mula sekarang
Jangan bertanggu. Usahawan mesti mencari titik yang memberi impak dalam diri sendiri. Adakah ia melibatkan suasa dan persekitaran? Atau ia melibatkan keperluan untuk melihat siapa yang berada di sekeliling kita hari ini? Apakah kita perlu melihat semula apa yang kita baca?Adakah kita perlu mengubah cara kita berkomunikasi?
Paling utama, mulakan sekarang. Bermula awal bukan bermakna jadi yang pertama. Bermula awal bermakna, sekarang.
Cipta kejayaan kecil
Kejayaan mempunyai definisi yang berbeza daripada satu dengan yang lain. Kita mahu berjaya dan kita tahu kejayaan itu tidak datang dengan mudah. Usaha, kesungguhan dan keupayaan kita perlu ditingkatkan dari masa ke semasa.
Maka, bagi kejayaan akhir yang kita mahu capai, kita mulakan dengan mencip kejayan kecil Ia boleh jadi harian, bulanan dan seumpamanya. Sasaran kita untuk mencapai sesuatu perkara, merupakan satu cara mengekalkan kita dalam skop yang betul.
Kejayaan-kejayaan kecil memberikan kita kekuatan dan semangat untuk terus mencipta kejayaan. Malah, hasild aripada setiap kejayaan kecil itulah yang memberikan kita kejayaan besar yang kita sasarkan.
Sikap kita menentukan hasil daripada tindakan kita.
Setiap individu bertanggungjawab kepada sikapnya. Contohnya, sekiranya saya jenis pemarah, saya mesti bertanggungjawab kepada emosi saya. Saya mesti bersedia mengurusnya, belajar mengurusnya dan bertanggungjawab ke atas kesan daripada tindakan marah-marah saya itu.
Pengalaman sahaja tidak memberikan kita pengajaran hidup. Tetapi, pengalaman yang kita nilai dan ambil pelajaran daripadanya menjadi guru yang mengajar kita tentang kehidupan.
Sehingga hari ini, sikap saya sendiri menentukan siapa yang saya temui dan siapa yang saya jalankan kerjasama.