3 PANDUAN – MENGURUS MASA

Mengurus masa Noraminah Omar

Mengurus masa adalah sebahagian daripada perkara yang mesti kita lakukan. Tidak kira sama ada kita seorang usahawan, bekerja atau tidak, masa merupakan aset berharga yang mesti diurus dengan betul.

Ada banyak perbincangan tentang pengurusan masa, Tulisan kali ini, mari kita lihat 3 perkara sahaja yang ahu kita berikan penekanan dalam hal pengurusan masa. Semua orang ada 24 jam. Ya, semua orang tahu dan mengakuinya. Namun, paling utama ialah bagaimana kita perlu mengoptimumkan masa yang kita ada. Mengurus masa merupakan satu kemahiran yang kita semua perlu dan mesti pelajari.

PERTAMA: Semak punca isu yang menyebabkan kita ada isu pengurusan masa.

Setiap perkara yang berlaku adalah hasil daripada perkara tertentu. Sama ada ia adalah perkara yang kita lakukan atau yang tidak kita lakukan. Apabila kita sudah mencuba banyak perkara, baik untuk kita menyemak semula punca kepada isu yang kita hadapai.

Sekiranya isu yang terlibat ialah masa, perkara berikut mungkin berlaku. Antaranya ialah kesuntukan masa, tidak mempunyai cukup masa untuk menyiapkan tugasan yang penting, tidak mempunyai masa yang cukup untuk rehat,tidak berkesempatan untuk meluangkasa masa untuk keluraga dan seumpamanya.

Ini adalah antara indikator penting untuk kita melihat semula punca utama kita menghadapai isu masa.

mengurus masa

KEDUA: Semak siapa yang mendorong kepada isu pengurusan masa.

Pada kebanyakan masa, isu mengurus masa muncul daripada ‘orang’. Sama ada diri sendiri, orang sekeliling, ini semua menjadi antara punca isu pengurusan masa. Fikir dan senaraikan apakah aktiviti yang menyebabkan kita kesuntukan masa.

Adakah disebabkan kita perlu kerap keluar untuk berjumpa. Jika ya, siapa?

Adakah disebabkan kita perlu menghadiri mesyuarat yang banyak dan kerap? Jika ya, meeting dengan siapa?

Apakah kita perlu, meluangkan masa ‘hang out’ dengan rakan-rakan? Jika ya, siapa?

Selepas mengetahui di manakah dan bagaimana masa kita banyak dibazirkan, susunkan satu strategi untuk menguruskannya. Katakanlah kita biasa ‘hang out’ setiap kali selepas, waktu kerja. Kita boleh menyusun semula jadual untuk hanya ‘hang out’ seminggu sekali. Sekiranya ia melibatkan meeting yang banyak dan kerap, bincangkan bagaimana ia boleh dimaksimakan tanpa mengurangkan hasil dan kualiti kerja.

KETIGA: Ia bermula dengan ‘saya’ – diri kita sendiri

Salah satu perkara utama yang boleh kita mulakan ialah dengan ‘membuang tabiat buruk’. Ini mempunyai definisi yang luas. Apakah tabiat dan kebiasaan yang buruk yang menyumbang kepada isu pengurusan masa?

Ada sebahagian daripada kita bermula dengan perkara-perkara yang kecil. Antaranya ialah mula menyusun jadual kerja harian. Bermakna, rutin dan aktiviti yang dilakukan merupakan satu rutin yang mudah diurus. Contohnya, jadualkan hari kita dengan bangun jam 5 pagi dan diuruskan aktivitinya sehinggalah malam, untuk waktu rehat. Sekiranya jadual kita berbeza, kita mungkin perlu memulakan hari kita sedikit lewat. Ini berlaku terutama bagi mereka yang mempunyai kerjaya yang berbeza masa kerjanya dari hari ke hari.

Seterusnya, kita mesti tahu bila untuk berkata ‘tidak’ kepada perkara yang tidak penting. Sekiranya untuk ‘hang out’ pada hari tertentu itu akan mengambil masa kita, katakan tidak dan tolak ajakan dengan baik. Apabila kita ada susunan jadual yang tersusun, kita akan mempunyai rutin dan habit yang sesuai. Kita akand apat memaksimakan masa yang ada.

Mengetahui perkara yang penting dan perlu didahulukan membantu kita dalam hal pengurusan masa. ‘Prioritise’. Kenalpasti aktiviti yang penting dan perlu dilakukans egera berbanding yang penting tetapi tidak bersifat segera. Bagi perkara yang tidak penting dan tetapi perlu disegarakan urusannya, maka kita perlu meletakkannya dengan prioriti yang betul.

KITA MESTI TAHU APA YANG PENTING

Dalam hidup ini, kita mempunyai tujuan dan impian yang mahu dicapai, Letakkan semula perkara penting dalam hidup kita sebagai prioriti. Apakah yang penting dalam hidup kita?

Apakah ia tentang hubungan keluarga? Pendidikan anak-anak? Perniagaan? Kerjaya? Pencapaian dalam bidang profesional?

Semua ini memerlukan kita menyemak semula tujuan sebenar yang menyebabkan kita melakukan perkara yang kita lakukan sekarang. Apabila kita jelas dengan apa yang penting, ia menjadi lebih mudah dan jelas kepada kita untuk merancang masa.

Mengurus masa menjadi satu kemahiran penting yang kita perlu kuasai supaya kita dapat mengoptimumkan masa dan hidup lebih bahagia.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.