MARGIN dan GROSS PROFIT

margin dan gross profit

MARGIN dan GROSS PROFIT

Pada tahun 2008, masa saya mula buka syarikat dan beli sistem licensing (yang selepas itu jadi francais), saya tak ada ilmu pengurusan kewangan pun. Paling tidak, saya hanya tahu, wang masuk lepas tolak semua kos, itulah untung. Tahap itu saja pengetahuan saya masa tu.

2008, mulakan bisnes dengan pembiayaan PUNB. Jadi, ada kelas wajib yang perlu hadir. Antara kelas wajib masa tu, kelas asas kewangan. Saya ingat saya pernah datang satu kelas, trainer ajar isi duit keluar masuk dalam satu template. Saya pun dah lupa siapa trainer.

Tapi, dalam kelas tu, saya seorang sahaja yang buat bisnes tadika. Lain semua kedai, pasaraya dan seumpamanya. Rupanya, masa itu, model bisnes sistem licensing yang saya beli tu, masuk kategori retail. Sudah lama lepas tu baru saya faham.

Berbalik pada bab kefahaman pengurusan kewangan tu, banyak yang saya belajar terus dengan akauntan. Dulu tak banyak kelas macam sekarang. Nak faham margin dan gross profit ni pun, boleh dikatakan ambil masa juga. Sekarang, usahawan yang dah jalankan bisnes, kena ada kefahaman. Biasanya kita tengok margin atas produk atau satu-satu pakej servis. Jadi, ada keputusan kena buat.

Contohnya, produk atau servis mana yang kita kena jual lebih atas sebab margin besar. Walaupun susah jual atas sebab tertentu, boleh saja kalau nak banyakkan jualan. Atau, produk atau servis mana yang kena naikkan volume sebab marginnya kecil, tapi laju dan senang jual. Jadi, kena banyakkan jual supaya sejajar dengan sasaran kita.

Tetapi, bila dah bersyarikat, dah beli aset, ada team, kena tengok kepada gross profit (GP) juga. Angka untung kasar itulah yang sepatutnya (mesti cukup) boleh menampung semua perbelanjaan tetap (fixed cost/expenses) yang ada dalam syarikat.

Tak boleh kira margin produk atau servis saja.Syaratnya di sini, kita mesti tahu semua kos jualan (COS-cost of sale) yang betul susunannya supaya GP yang kita kira tepat. Sekarang, dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada, saya buat perkongsian aplikasi. Lain bisnes, lain sikit cara penerangannya. Aplikasi penting apabila berbincang dengan usahawan (klien).

Antara yang mesti ada ialah ubah mindset daripada fokus kepada produk semata-mata kepada membangunkan bisnes. Kemudian, masukkan bab membangunkan syarikat. Apa pn, usahawan mesti boleh menentukan sendiri tujuan, hala tuju dan apa yang mahu dicapai melalui bisnes.

Ada dua. Personal goals dan business goals.

Selamat maju jaya!

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.