CEO – KETUA YANG MEMIMPIN

CEO MEMIMPIN Noraminah Omar

Ada banyak perbincangan tentang ketua dan kepimpinan dalam organisasi. Sama ada berbentuk ilmiah atau tidak, ada banyak yang relevan dalam kehidupan seharian. Secara peribadi, saya banyak mendengar kisah yang dikongsikan tentang kepimpinan dalam organisasi, terutamanya syarikat bisnes yang dibangunkan oleh pemiliknya.

Konteks SME dan usahawan yang saya lihat ialah dimana CEO itulah pemegang saham, pengarah syarikat dan bekerja dalam syarikatnya sendiri. Bukan semua CEO dalam syarikat adalah pemilik syarikat. Umumnya, ada CEO yang dilantik dan ada CEO yang merupakan pemilik syarikat. Memandangkan saya sendiri melalui dua-dua pengalaman ini, ada juga banyak cerita yang berkaitan.

CEO SEORANG YANG DIKENALI

Tidak kira sama ada syarikat itu besar atau kecil, ternama atau tidak, seorang CEO tetap seorang CEO. Jika ada ‘news value’ dalam apa yang mereka lakukan, mereka tetap layak dapat ‘coverage’ yang sesuai. Maka, tidak ada istilah CEO kampung dan CEO ‘celebrity’.

Menjadi ketua, secara automatik anda akan menarik perhatian orang sekeliling. Sama ada staf dalam syarikat sendiri, komuniti setempat atau kumpulan dalam industri secara khusus. Ini adalah antara perkara yang menyebab tugas CEO itu menjadi lebih besar, bukan hanya dalam syarikatnya, tetapi kepada dirinya sebagai ketua.

CEO YANG DILANTIK

Bergantung kepada jenis syarikat, CEO yang dilantik ini memang kaedahnya ‘Go Big or Go Home!’ Sama ada buat betul-betul atau jangan buat langsung. Dengan erti kata lain, apabila dilantik jadi CEO oleh BOD syarikat itu, mesti ‘perform’.

Dalam keadaan ini, syarikat sudah menyediakan banyak perkara termasuklah polisi syarikat dan dasar yang ditetapkan. Jadi, sebagai CEO, kita ada tugas untuk memainkan peranan asalkan tidak melakukan perkara yang salah, jenayah melanggar etika dan seumpamanya.

Mahu atau tidak, mencapai KPI dan dalam kerja-kerja sebagai CEO akan melibatkan penglibatan bersama BOD. Ya, Board of Directors atau Ahli Lembaga Pengarah (ALP). Dalam komunikasi, mesyuarat dan perbincangan bersama BOD mestilah seorang CEO itu membawa bersama beberapa perkara:

  • Pengalaman yang berguna untuk syarikat
  • Kebolehan untuk menambah baik dan meningkatkan pencapaian
  • Kreativiti
  • Keinginan untuk buat sampai berjaya
  • Tenang dan berfikir untuk semua (selfless)
  • Keterbukaan untuk idea dan pendekatan baharu

PEMILIK BISNES YANG MENJADI CEO

Adalah biasa bagi kita menjadi CEO syarikat yang kita sendiri bangunkan. Jadi, kita sendiri mesti mempunyai skop kerja dan KPI yang serupa seperti mana CEO yang dilantik, meskipun hakikatnya ia tidak sama. Lain, memang tak sama!

Keadaan ini banyak menjadikan usahawan berada dalam satu senario pengurusan yang ‘chaotic’ terutama pada 3 tahun pertama perniagaannya. Rata-rata, usahawan memulakan bisnesnya dengan banyak tujuan termasuklah tujuan yang bersifat peribadi,

Maknanya, ada usahawan yang mulakan bisnes sebab seronok kerja sendiri, tidak puas hati dengan majikan, mahu kebebasan, mahu masa bekerja yang fleksibel dan banyak lagi.

Selepas bebererapa ketika yang bisanya akan mengambil masa selepas 3 tahun, ramai pemilik bisnes yang menyedari bahawa ada perubahan yang perlu dilakukan. Inilah antara cabaran besar seorang CEO yang memiliki bisnes itu apabila mereka berada di persimpangan.

Bagi tujuan berubah dan mengembangkan bisnes, cara CEO ini mengurus bisnes sudah perlu diubah. Ini termasuklah cara fikir, gaya bekerja, cara menguruskan rutin harian sendiri dan banyak lagi yang berkaitan dengan gaya kepimpinan.

FAHAM PERBEZAAN

Apabila saya sendiri bercakap dan berjumpa dengan CEO syarikat yang ada keaddan berbeza, saya memahami cabaran yang mereka lalui. Namun, tidak ada satu penyelesaian dan pendekatan yang sama untuk semua.

Memang ada framework atau cara yang terbukti berkesan, tetapi aplikasi dan hasilnya tidak sama antara satu dengan yang lain. Jika kita mahu semua perkara datang dengan bukti, maka kita akan banyak terlepas peluang mencuba dan mencipta.

Benar, usahawan mesti mempunyai kemahiran memimpin. Ini juga menjadi salah satu faktor penting kepada pembinaan sebuah perniagaan yang berdaya maju. Maka, apakah setiap CEO itu perlu menjadi pemimpin? Ya, sudah tentu!

Ia bukan sahaja tentang memimpin syarikatnya tetapi menjadi satu sumber rujukan masyarakat. Sama ada jawatan CEO itu kekal sehingga syarikat dijual atau ditutup, itu perkara lain yang kita boleh bincang dalam konteks yang berbeza.

Sekiranya anda CEO yang dilantik atau CEO yang menjadi pemilik syarikat, anda tetap seorang ketua yang perlu mempunyai kuasa kepimpinan dan memberi kebaikan kepada masyarakat bukan hanya syarikat.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.