PENGALAMAN YANG MENGAJAR

Pengalaman Noraminah Omar

Semakin lama kita menjalani kehidupan, semakin banyak pengalaman yang kita kumpulkan. Sama ada pengalaman itu perkara yang terus kita lalui sendiri atau bersama dengan orang lain.

Ada juga banyak pengalaman yang kita kumpulkan daripada pengalaman orang lain. Tidak kira apa yang kita lalui dan dengar, ia menjadi sebahagian esar daripada perkara yang menjadikan kita lebih baik.

Kita sentiasa belajar daripada pengalaman hanya apabila kita memerhati, berfikir dan membuat kesimpulan. Selepas itu, ia memerlukan kita untuk membuat keputusan yang membolehkan kita mencapai apa yang sudah kita sasarkan.

PERKONGSIAN PENGALAMAN – Sembang Santai

Sesi perkongsian santai tentang pengalaman menjadi ahli Toastmasters Club.

Sama ada pengalaman itu meninggalkan kenangan manis atau pahit, ia menjadi sebahagian daripada sebab kepada perkembangan diri kita. Baru-baru ini, sepanjang April 2021, saya meneruskan beberapa sesi perkongsian.

Perkongsian pengalaman menjadi ahli Toastmasters Club, merupakan satu cubaan untuk menyampaikan konten perkongsian secara santai. Alhamdulillah, dapat kami sampaikan beberapa perkara penting termasuk pengalaman menguasai kemahiran bercakap di depan khalayak dan di belakang skrin.

PROJEK ADVOKASI – Women Talk Business

WOMEN TALK BUSINESS – Mini forum yang membincangkan isu usahawan wanita

Projek advokasi kepada wanita dalam bisnes, saya teruskan juga meskipun dalam bulan Ramadan. Seperti yang dijangkakan, penyertaan sangat sedikit. Namun, dengan adanya teknologi, saya dapat menyiarkan sesi itu terus melalui FB LIVE.

Alhamdulillah, sasaran saya untuk mencecah 50 view, dapat dicapai. Bermakna, sebahagian atau semua perkara yang dibincangkan sampai kepada satu kumpulan individu yang bersama-sama mendengarnya. Meskipun peratusan untuk video ditonton secara re-broadcast, saya masih optimis dengan ‘reach out’ yang akan dicapai.

AKTIVITI BERTERUSAN

Siri FB LIVE masih diteruskan.

Bagi memastikan kita sentiasa dapat mengasah kemahiran dan mempraktikkan apa yang kita pelajari, berkongsi semula kepada orang lain adalah cara yang terbaik untuk memastikan itu berlaku.

Setiap daripada kita mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Kita semua mempunyai pengalaman yang kita kumpulkan semenjak kita lahir. Tidak ada cerita dan pengalaman yang tidak memberi pengajaran selagi mana kita sentiasa berfikir dan mahu mengambil pengajaran.

Maka, kepada semua rakan-rakan yang membaca tulisan ini, sama ada melalui penulisan, video atau audio (podcast), kita masih boleh berkongsi banyak perkara kepada orang lain.

KEBAIKAN PERLU DISAMPAIKAN

Kita tidak perlu memaksa diri untuk muncul secra online atau offline dalam bentuk pengucapan awam. Tetapi, kita masih mempunyai banyak peluang untuk menyampaikan kebaikan melalui pelbagai cara.

Perkongsian boleh dalam bentuk pelbagai. Ada yang berbentuk maklumat, ilmu, kemahiran, hobi, pengalaman hidup, pengalaman profesional dan seumpama dengannya.

Akhir sekali, kita perlu bertanya kepada diri kita. Apakah pengalaman yang menjadikan kita berubah dan menjadi lebih baik? Sekiranya ia mengubah diri kita, bukankah ia cukup berbaloi untuk dikongsikan dengan orang lain?

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.