Saya menemui beberapa isu langsung berkaitan dengan usahawan dan bisnes yang ada kaitan dengan keperluan membina kapasiti.Dalam konteks ini, kita melihat kepada dua sisi utama. Kapasiti di peringkat peribadi dan di peringkat organisasi.
Bagi keperluan khusus yang berkaitan dengan pemilik bisnes dan usahawan itu sendiri, ia banyak melibatkan kapasiti peribadi. Bagi perniagaan yang masuk fasa pre-growth kebanyakan usahawan mengalami isu dilema tentang banyak perkara.
Dilema ini memerlukan mereka banyak membuat keputusan yang buan sahaja memenatkan fikiran, malah emosi. Kebolehan mereka untuk berubah dan beradaptasi dengan perubahan semasa merupakan antara perkara penting dalam bab perbincangan kapasiti peribadi yang perlu dibina.
Bagi usahawan yang memulakan bisnes dan membangunkannya, mereka mempunyai cabaran besar untuk mengubah cara kerja, cara fikir serta budaya yang selama ini sudah menjadi rutin dan kebiasaan. Menguruskan sebuah bisnes sendirian tidak sama apabila kita mengurusnya dengan sekumpulan staf. Mempunyai 1 cawangan tidak sama cara pengurusan dengan 2 cawangan. Begitulah seterusnya.
Perkembangan bisnes itu sendiri boleh melebihi perkembangan diri pengusaha atau usahawan. Inilah yang melibatkan wujudnya ketidakseimbangan antara kapasiti peribadi dan keperluan kepimpinan dalam syarikat yangs emakin berkembang. Ia seumpama, sepasang pakaian bersaiz S yang sudah tidak boleh dipakai oleh anak yang kini bersaiz L.
MEMBINA KAPASITI
Jadi, apakah yang dikatakan tentang membina kapasiti?
Ia melibatkan keperluan kita untuk mendapatkan, memperbaiki dan mengekalkan sama ada kemahiran, pengetahuan, peralatan atu sebarang sumber dalam diri dan organisasi. Ini sudah tentu mempunyai tujuan untuk kita menyelesaikan tugas atau mencapai objektif yang kita sudah tetapkan.
Ada banyak kepentingannya untuk kita membina kapasiti. Berikut ialah 3 yang utama:
Meningkatkan hasil yang baik.
Dengan adanya peningkatan kapasiti di semua peringkat, kita akan dapat meningkatkan hasil tindakan, pekerjaan dan aktiviti yang baik. Ia melibatkan konsitenso yang akan terhsail dengan adanya usaha kita untuk memperbaiki dan mengekalkan proses serta prosedur yang berkaitan.
Hasil yang baik ad akaitand engan kualiti yang memberi kesan kepada pengguna akhir atau penerima manfaatd aripada setiap yang dijalankan.
Mengoptimumkan sumber yang ada.
Setiap orang atau organisasi mempunyai sumber-sumbernya sendiri. Meskipun secara peribadi, kita mesti melihat pengetahuan, kemahiran dan ilmu itu sebagai salah satu umber utama. Manakala dalam organisasi, sumber yang wujud dapat dilihat dengan lebih jelas. Ia mungkin melibatkan sumber berbentuk sistem, aset dan sumber manusianya.
Membina kapasiti dapat memastikan kita memaksimakan manfaat yang dapat dijana daripada semua sumber yang ada ini.
Menempuh cabaran masa hadapan.
Apa yang kita lakukan merupakan persediaan untuk kita melalui esok. Bermakna, semua yang kita lakukan hari ini merupakan satu tujuan untuk menempuh masa hadapan. Dalam setiap situasi, ada cabaran yang perlu dilalui. Maka, dengan menigkatkan kapasiti ini, kita sebenarnya mempunyai misi besar untuk menghadapi masa hadapan dengan lebih tenang.
Meskipun wujud banyak ketidakpastian dalam banyak perkara terumanya dalam situasi sekarang, keperluan untuk terus membina kapasiti di semua peringkat mesti diteruskan. Sama ada ia berbentuk peribadi. organisasi atau sistem, kita memerlukan kesungguhan untuk sentiasa mendapatkan, memperbaiki dan mengekalkan kebolehan sumber yang ada.
APA YANG KITA PERLU?
Kesedaran. Kita mesti bermula dengan keadaan sedar. Kita sedar tentang kapasiti yang ada, yang perlu ditambah, dipertingkatkan dan diperbaiki. Tanpa ada kesedaran tentang semua ini, kita tidak akan berupaya untuk mencapai hasil terbaik daripada apa yang kita lakukan. Malah, ia menjadi lebih sukar untuk kita kekal konsisten untuk menempuh masa hadapan.
Perbincangan, penulisan dan inovasi yang berkaitan dengan pembinaan kapasiti di semua peringkat mesti diteruskan. Bermula dengan setiap individu, pendekatan ini perlu diterapkan dalam organisasi dan seterusnya komuniti.
Pembinaan kapasini secara holistik merupakan antara impian yang kita mahu capai. Bermakna, kapasiti kita ditingkatkan di peringkat individu, kumpulan dan organisasi.
Proses membina kapasiti ini bukan hanya tentang membuat dan menghasilkans esuatu dengan lebih banyak tetapi memastikan perkara yang kita lakukan itu adalah yang kita betul perlu lakukan. Setiap daripada kita mesti mempunyai kebijaksanaan untuk menentukan masa untuk berhenti sebentar dan masa untuk laju ke hadapan.