Hidup ini penuh dengan pengalaman yang boleh dikongsi. Kita sahaja yang perlu memilih mana yang perlu dikongsikan dan yang mana perlu disimpan rapat. Ini semua adalah perkara yang objektif.
Untuk kita terus membina kebolehan menjadi seorang ketua, kita bolah usahakan dengan bermula mengubah cara fikir dan kepercayaan kita.
Ada ramai yang suka mendengar perkongsian dan ada juga yang tidak. Jadi, ia menjadi satu perkara yang penting untuk kita mencari jalan dan mencipta peluang supaya orang selesa dan suka dengan perkongsian yang kita tawarkan.

Pada masa perbincangan ini dikemukakan, masih ramai yang menyangka bahawa menjadi ketua itu memerlukan kita memegang jawatan tertentu. Malah, ada yang melihat tugas ketua itu apabila seseorang mempunyai jawatan tertinggi dalam organisasi.
Dalam komuniti usahawan dan SME juga masih ramai yang melihat keperluan menjadi ketua ini hanya terpakai kepada ketua-ketua unit sahaja. Walhal, hakikat sebenar seorang ketua yang mesti memegang tanggungjawab dan bertanggungjawab atas sesuatu perkara itu perlu bermula di semua peringkat.
Seterusnya, apakah yang perlu kita fahami dan persepsi apa yang perlu kita bawakan apabila bercakap tentang kepimpinan? Dalam tulisan ini saya bawakan beberapa perkara asas dan ringkas untuk kita mulakan.
Orang biasa boleh jadi ketua yang luar biasa.
Benar, bukan semua orang dilahirkan dengan bakat menjadi ketua yang berpengaruh dan memberi impak. Tetapi, kemahiran menjadi ketua boleh dipelajari oleh semua orang. Kepada yang berbakat, memang penguasaannya akan lebih cepat berbanding dengan yang kurang berbakat.
Kepercayaan kita kepada ‘ketua ini hanya untuk orang tertentu’ mesti diubah. Apabila kita melihat kita sendiri sebagai ketua, kita akan mencari satu titik penting untuk kita menjadi lebih baik.
Bermula dengan menjadi ketua dengan membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk kepada diri sendiri, kita akan mula melakukan perkara yang sama kepada orang sekeliling. Sama ada untuk ahli keluarga, rakan kita atau sehinggalah dalam organisasi yang kita sertai.
Antara perkara yang kita mulakan ialah dengan memberi komitmen untuk belajar dan memperbaiki diri dari masa ke semasa. Dengan usaha untuk sentiasa belajar, kita cuba aplikasikans etiap kemahiran itu. Meskipun sedikit, konsistensi itu yang menjadi lebih penting.
Kemahiran menjadi ketua itu boleh dipelajari.
The most dangerous leadership myth is that leaders are born – that there is a genetic factor to leadership. Myth asserts that people simply either have certain charismatic qualities or not. That’s nonsense; in fact, the opposite is true. Leaders are made rather than born.”
– Warren G Bennis
