BELAJAR UNTUK HIDUP BERSAMA

Sepanjang 5 bulan yang lalu ini, saya melalui banyak pengalaman hidup. Sedih, gembira, sihat, sakit, rancangan yang menjadi dan tidak menjadi…semuanya memberikan pelbagai makna dalam hidup.

Kali ini, saya meninggalkan satu lagi catatan untuk melihat semua konteks pembelajaran. Saya yakin semua orang percaya bahawa pembelajaran adalah keperluan sepanjang hidup. Anak kecil, remaja dan orang dewasa, semua akan sentiasa belajar sebagai satu proses dalam hidup masing-masing.

Dalam salah satu siri pendidikan secara online yang saya sertai (dan sedang sertai), saya dicabar oleh keadaan dan situasi. Bekerja sendiri, bekerja di rumah, keadaan pasangan kita, anak-anak serta keadaan ekonomi semasa – ini antara yang memberikan cabaran baharu. Untuk sayalah.

Anda mungin mempunyai cabaran berbeza. Begitulah kehidupan kita.

Sepanjang tempoh ini (May – September 2021), ada beberapa perkara yang saya mahu catatkan.

  1. Menilai semula rancangan. BE REALISTIC
  2. Membina suasana yang tenang. BE OPTIMIST
  3. Beri ruang dan peluang kepada diri. BE YOU

Menilai semula rancangan. BE REALISTIC

Saya harus mengaku bahawa saya memang seorang yang percaya dengan rancangan dan merancang. Setiap daripada kita mesti ada rancangan personal. Ia bukan hanya tentang rancangan bisnes semata-mata. Jadi, memang saya menyediakan beberapa rancangan. Asasnya ada 2. Rancangan peribadi dan rancangan bisnes.

Membina suasana yang tenang. BE OPTIMIST

Setiap daripada kita sukar menemui ketenangan. Apa yang dimaksudkan tenang? Ini juga mempunyai pelbagai definisi. Ada yang melihat bahawa ada banyak wang dan cukup itu, tenang. Sihat dan kuat, tenang. Ada yang melihat tenang berkaitan dengan perkara yang meliakan orang sekeliling.

Beri ruang dan peluang kepada diri. BE YOU

Sudahkah kita sendiri beri peluang yang cukup untuk diri kita? Orang kata, maafkan diri, terima diri, sayangi diri…

Apa juga keadaannya sudahkah kita beri diri kita perkara yang asas? Ambil contoh ringkas. Apakah kita pastikan diri kita mendapat nutrisi yang cukup? Apakah kita mendapat masa rehat dan tidur yang cukup?

Dalam banyak keadaan, ramai juga yang menyangka bahawa apabila dia berehat, dia tidak produktif dan akan merugikan. Jadi, dia tak mahu rehat. Dalam hal begini, lihat apa yang kita lakukan semasa kita tidak tidur, bukan berkira dengan jam masa tidur yang kita dapat.

Hidup ini untuk bersama.

Benarlah. Alam dijadikan untuk saling ebrgantjng dengan yang lain. Saling menyokong dan perlu hidup bersama. Sebagai manusia, kita tidak melihat hidup bersama itu hanya dengan ahli keluarga atau pasangan. Malah, ia melibatkan komuniti, msyarakat setempat, sebuah negeri dan negara.

Semoga kita semua dapat mencapai apa yang kita sasarkan.
Insyaallah.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.