Persepsi yang kita bina melalui media sosial memberi impak kepada sasaran pembaca. Sekiranya ia berbentuk santai dan bersahaja, maka ia merujuk kepada rakan-rakan bersosial. Sekiranya ia merujuk kepada keperluan dalam perusahaan dan perniagaan, maka ia ada kaitan dengan ‘supply chain’ dan juga semua ‘stakeholders’ dalam bisnes kita.
Seringkali gambaran yang kita lihat, baca dan dengar tidak sama dengan realitinya. Lalu, ada beberapa perkara yang menjadikan ramai usahawan dan kumpulan sasaran perniagaan itu melalui satu fenomena yang menimbulkan konflik. Konflik begini, apabila dilihat dengan kacamata peribadi, maka terhasillah keadaan yang ‘competitive’ dan tidak sihat.
Perbandingan melihat gambaran tanpa mengetahui realiti ini, umpama melihat cahaya yang panas di padang pasir. Nampak seumpama air.
GAMBARAN DI SOSIAL MEDIA
Apabila kita perlu berada di platform tertentu dengan tujuan khusus memenhi keperluan sisi niaga. maka ia mestilah didokong dengan astu kebolehan kita melihat labih jauh daripada apa yang digambarkan. Sama ada ia dalam bentuk papran imej, teks atau video, kita memerlukan satu tahap kefahaman yang jelas.
Pengaruh konten yang dipaparkan memang memberi kesan yang kita semua akui. Maka, kita mesti mengawal bagaimana reaksi dan cara kita bertindak. Secara umum, kita wajar mempunyai persepsi yang fokus dan terkawal.
FOKUS KEPADA APA YANG KITA ADA
Dalam banyak perkara, kita memang perlu melihat kepada pesaing dan bagaimana industri bisnes kita berubah. Kita juga perlu cakna dengan semua perubahan ini supaya dapat memeta rancangan dengan lebih baik. Fokus begini membolehkan kita sebagai usahawan secara peribadi mengawal persepsi dan fahaman kita atas setiap perkara.
Apabila kita melihat apa yang kita ada dan memastikan kita faham apa yang kita mahu capai, kita dapat mengalihkan [ersepsi persaingan yang menekan kepada situasi menyokong kepada semua perkembangan. KIta akan melihat tentang apa penambahbaikan yang boleh kita lakukan. Kita semakin jelas dengan apa yang perlu kita buang, tamatkan dan perkuatkan. Ini semua membolehkan kita menyelesaikan lebih banyak masalah.
TINGKATKAN TAHAP KEFAHAMAN
Seterusnya, meningkatkan kebolehan kita memahami banyak perkara di sekeliling dan suasana perniagaan kita menjadi satu keperluan. Ia bukan hanya tentang membesarkan bisnes dan kafilah kita, tetapi bagaimana kita membangunkan lebih banyak generasi akan datang dengan persediaan menjadi insan.
Semakin kita matang dalam usia, semakin kritikal untuk kita ‘explore’ dan menambah tahap intelektual yang ada. Kebolehan dalam mengurus perkara berkaitan perniagan termasuklah kebolehan bekerjasama dengan pelbagai jenis orang, perlu sama dibangunkan.
AKHIRNYA, kita mahu membina kapasiti yang kita perlukan dengan mengambilkira rancangan jangka masa pendek dan panjang.