3 SOALAN MEMILIH PARTNER – Mulakan dengan kita.

Perbincangan kali ini merujuk kepada pelbagai jenis partnership yang melibatkan milikan bersama. Maknanya, jika lesen enterprise ada nama dalam sijil SSM, sebagai penama. Jika syarikat PLT ada nama dalam syarikat sebagai pekongsi dan jika Sdn Bhd ada nama sebagai pemegang saham.

Asas kepada memilih partner bermula dengan diri kita yang mula mendirikan dan membuka syarikat. Beberapa soalan berikut boleh dijadikan panduan.

  1. Apa tujuan bisnes kita itu?
  2. Mengapa kita perlukan partner?
  3. Adakah kita bersedia, mahu dan sanggup mengurus hubungan partnership?

Dalam 3 soalan ini ada beberapa perkara penting yang mesti kita lihat. Mari kita bincangkan satu-persatu.

PERTAMA: Apa tujuan bisnes kita itu?

Menurut Steve Blank, ada 6 jenis start-up yang boleh kita rujuk sebagai 6 jenis bisnes wujud dalam sesebuah komuniti dan negara secara umum. Semuanya diperlukan dan saling membantu dalam meningkatkan kedudukan ekonomi.

a. Ada bisnes yang kita buat disebabkan lifestyle. Sama ada memang keluarga kita semua jenis berniaga. Tak ada seorang pun yang bekerja dengan orang. Jadi, seumpama perkara yang lumrah, buat bisnes. Atau, ada antara kita yang menjadikan aktiviti berniaga sebagai ‘side activity’ sahaja. Maknanya, bila ada musim, bila kita nak, baru kita buat.

b. Ada bisnes yang dimulakan untuk menyara hidup. Ini masuk kategori ‘small business’. Maknanya, bisnes modelnya simple dan ‘straight forward’ sahaja. Kedai makan, kedai bunga, dobi, kedai runcit, jualan di pasar dan seumpamanya. Bisnes dijalankan untuk memastikan kita ada cukup pendapatan untuk hidup dan lebih daripada cukup untuk ambil pekerja dan tampung kos perniagaan itu.

c. Ada bisnes yang dimulakan oleh syarikat besar. Biasanya, mereka buka anak syarikat untuk mulakan satu bisnes baharu. Syarikat seperti Petronas, Shell, Lam Soon Sdn Bhd dan seumpamanya, biasa buat begitu. Jika bagus, diteruskan. Jika tidak mereka tutup sahaja. Nama pun ‘big corporation’. Jadi tidak ada isu untuk buat semua itu. Buka dan tutup anak syarikat, boleh saja.

d. Ada pula bisnes yang dimulakan memang dengan tujuan menyelesaikan isu sosial. Kita kenali sebagai ‘social enterprise’. Maknanya, memang tujuan buat untuk untuk memberi semula kepada tujuan sosial secara khusus. Kita boleh baca banyak cerita tentang social enterprise dari internet.

e. Ada bisnes yang dimulakan memang dengan tujuan untuk dijual semula. Sama ada dijual keseluruhannya atau sebahagian, memang bisnes didirikan dan dibangunkan supaya ada syarikat lebih besar mahu beli mereka. Ini dikenali sebagai ‘buyable business’. Contoh seperti syarikat yang bina WAZE, memang tujuannanya mahu syarikat besar beli mereka. Dan Google beli. Seperti WHATSAPP, dibeli oleh Facebook. Ini biasa berlaku dalam bisnes teknolgi dan IT. Bisnes lain pun ada juga.

f. Ada bisnes yang memang dibangunkan dengan tujuan untuk dikembangkan dan sentiasa dapat menjana pendapatan. Namanya, ‘scalable and repeatable’. Ada banyak model yang digunakan termasuklah francais, cawangan dan rangkaian. Banyak cara untuk dapat bisnes yang ‘scalable & repeatble’.

BERBALIK kepada partnerhsip, kita mesti tahu apa tujuan bisnes kita itu. Jadi, baru kita jelas sebab mengapa kita mahu berpartner dan perlu berpartner. Ini poin no 2.

KEDUA: Mengapa kita perlu partner?

Selepas jelas dengan poin 1, maka bolehlah kita jawab soalan seterusnya. Jika kita mahu bisnes kita sebagai ‘small business’ dan dikembangkan dengan cari partner, maka partner yang ada tujuan yang sama memang sesuai untuk kita cari.

Jika kita mahu bisnes kita itu menjadi bisnes ‘scalable & repeatable’, maka partner yang kita cari juga mestilah mahu mencapai tujuan bisnes yang sama. Ada kemahuan dan keupayaan. Mahu sahaja, tapi tak boleh beri komitmen, tak boleh.

KETIGA: Adakah kita bersedia, mahu dan sanggup mengurus hubungan partnership?

Apakah kita bersedia? Sanggup? Ada kos kena tanggung. Ada kos emosi kena urus. Ada perkongsian kuasa yang kita kita beri kepada partner kita.

Sekiranya mahu bisnes ‘repeatble & scalable’, sanggupkah kita ambil partner yang jauh lebih pandai daripada kita? Jika kita perlukan modal saham, beri kepada partner, sanggupkah kita bertolak-ansur dengan partner kita itu?

Bersediakah kita mengikut semua peraturan bisnes, ada peguam, akauntan, auditor dan banyak lagi pematuhan pengurusan bisnes?

Sekiranya jawapan kita ya, maka kita boleh teruskan dengan hajat kita mencari partner itu. Jika setakat bawa masuk anak dan isteri masuk dalam syarikat, biasanya ia BUKAN bertujuan untuk mengembangkan bisnes.

Ramai yang masukkan nama orang yang mereka kenal dan ahli kelurga hanya untuk tujuan memenuhi keperluan ada nama lebih daripada seorang atau kita fikir selamat supaya ahli keluarga ada nama bersama.

Akirnya, sebelum menyoal apa ciri-ciri partner yang sesuai, jawab dahulu 3 soalan yang di atas.

Insyaallah, kita akan tahu sama ada kita memang mahu teruskan dengan niat berpartner atau tidak.


Selamat maju jaya!

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.