2 PERKARA PENTING MEMILIH STRUKTUR ENTERPRISE-PLT-SDN-BHD

Apabila mahu membuka bisnes dan membangunkannya, ramai yang terus mahu melihat tentang struktur syarikat. Ramai yang terus memilih untuk berbincangan tentang keperluan mendaftaran bisnes dengan lesen enterprise, syarikat PLT atau Sdn Bhd.

Hakikatnya, bisnes bermula dengan idea. Daripada situ, baharulah konsepnya disusunkan supaya kita melihat kepada siapa pelanggan dan apa nilai yang mahu ditawarkan.

Sekiranya sudah dimulakan terus dengan pilihan bersyarikat sekalipun, masih perlu diperincikan model bisnesnya. Maknanya, bagaimana cara bisne itu buat duit dan apa semua kos yang terlibat.

Tulisan ini saya sediakan berdasarkan banyak soalan yang dihantar untuk mendapatkan pandangan umum, terus masuk kepada bab pengurusan syarikat dan partnership.

  1. FAHAMI MODEL BISNES

Secara peribadi saya melihat bahawa dengan ada model bisnes yang jelas, lebih mudah kita pilih struktur pengurusannya. Bab pemilikan, lantikan pengarah dan pekerja serta semua pembekal terlibat dapat disenaraikan dan disusun mengikut keperluan.

Tanpa memahami dengan jelas model bisnes yang dijalankan dan rancangan yang ada, sukar untuk membincangkan secara objektif tentang struktur organisasinya.

Model bisnes ini melibatkan beberapa elemen penting.

  • Siapa pelanggan bisnes itu?
  • Apakah nilai tawaran kepada pelanggan itu?
  • Bagaimana pelanggan tahu, dan buat keputusan untuk beli?
  • Apa cara kita menggalakkan pelanggan terus membeli?
  • Bagaimana pendapatan bisnes dijana?
  • Apa sumber penting yang diperlukan?
  • Apa aktiviti bisnes yang mesti kita lakukan?
  • Apa perkara yang bisnes kita tak ada dan tak mahu buat, yang kita perlu orang/entiti lain bantu? Siapa mereka?
  • Apakah kos utama yang terlibat?

Semua soalan ini membantu kita memahami elemen penting dalam model bisnes kita itu. Ada bisnes nampak sama, tetapi modelnya berbeza.

Boleh semak semua ini dengan menggunakan Business Model Canvas (BMC).

2. SEDIAKAN RANCANGAN BISNES

Rancangan bisnes mestilah melibatkan perkara penting termasuk rancangan pengurusan operasi, kewangan dan rancangan jualan serta pemasaran.

Ramai yang menyangka ‘business plan’ atau rancangan bisnes diperlukan untuk mendapatkan pinjaman atau bantuan kewangan. Hakikatnya, rancangan bisnes itu adalah untuk pemilik, pengarah syarikat dan individu yang menguruskan syarikat melihat bagaimana strategi dan tindakan lanjut perlu diambil untuk menjalankan bisnes itu.

Rancangan Kewangan

Setiap bisnes yang mahu kita bangunkan, mestilah ada rancangan kewangannya. Apa sasaran pendapatan, kos terlibat dan keuntungan kasar dan keuntungan bersih yang terlibat, mesti ada dalam senarai. Cara menyediakan sasaran pencapaian kewangan ini boleh disediakan dengan menggunakan format perancangan kewangan yang standard.

Apabila merancang kewangan, ramai yang sering mensasarkan jumlah pendapatan tetapi tidak mengambilkira SEMUA KOS yang terlibat dalam hal penghasilan produk dan pengurusan bisnes sebagai sebuah organisasi.

Maknanya, rancangan kewangan yang hanya memberi fokus kepada pendapatan, satu rancangan yang tidak lengkap. Rancangan kewangan mesti dimasukkan dengan sasaran perbelanjaan (langsung dan tidak langsung) serta keuntungan (atau kerugian).

Rancangan operasi

Ini melibatkan semua perkara termasuk siapa yang akan terlibat dan bagaimana latarbelakang setiap individu akan menyumbang kepada pembangunan syarikat yang kita mahu bina. Apabila melihat bahagian operasi, ia sudah tentu melihat kepada elemen sumber utama yang diperlukan serta aktiviti utama dalam bisnes itu.

Maka, ia berkaitan langsung dengan jenis bisnes dan industri yang kita pilih. Sekiranya ia berbentuk runcit (retail), maka ada kemungkinan keperluan mengurus inventori dan stok yang banyak. Sekiranya ia melihatkan borong (wholesale), penggunaan sistem yang lebih besar akan diperlukan. Sekiranya berbentuk servis, maka operasi yang melibatkan sumber manusia yang profesional dan sistem pengurusan menjadi pertimbangan utama.

Rancangan operasi juga melibatkan perincian tentang pekerja dan pembekal yang diperlukan supaya transaksi bisnes boleh berlaku.

Rancangan Jualan dan Pemasaran

Bahagian ini memerlukan penelitian tentang bagaimana syarikat memastikan servis dan produk diketahui dan sampai kepada pelanggan sasaran. Aktiviti yang penting mesti nampak dengan jelas ke arah menjadikan satu transaksi bisnes berlaku.

Hanya apabila ada transaksi kewangan yang sah, maka ada wang masuk yang jelas adripada aktiviti yang dijalankan. Selepas itu, keperluan untuk memastikan cara pelanggan boleh terus membeli lagi dan lagi menjadi elemen penting dalam rancangan ini.

Bahagian ini melibatkan rancangan yang bersepadu dengan rancangan yang ada di peringkat operasi syarikat.

Perbincangan tentang rancangan bisnes mesti dibuat.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.