Posting ini khusus untuk bacaan mereka yang mendirikan syarikat sendiri, bersama kawan-kawan, pasangan atau ahli keluarga. Jualan Tuan dan Puan mungkin sudah melebihi RM500K setahun dan mencecah RM3 juta setahun.
Namun, Tuan dan Puan tahu bahawa hakikatnya perusahaan Tuan dan Puan masih dalam skala tidak kecil dan tidak pula besar. Jadi, apakah yang menjadikan antara cashflow, PnL dan balance sheet ini keperluan kritikal bagi bisnes Tuan dan Puan?
Ternyata situasi yang ‘penuh tidak kepastian’ menjadi tunjang kepada semua persoalan ini. Antara banyak kepastian yang ada, sudah tentu ia berkait langsung dengan kedudukan dan kestabilan keadaan kewangan bisnes Tuan dan Puan.
Secara umumnya, apabila Tuan dan Puan tidak ada isu cashflow (aliran tunai) secara bulanan dan 3 bulan serta 6 bulan operasi, Tuan dan Puan akan mula sibuk melihat kepada angka-angka dalam PnL.
Maknanya, sudah perlu mula melihat berapa untung dan seterusnya kesesuaian pembayaran dividen (jika ada).Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan kekukuhan aliran tunai?
Bagi bisnes macam yang saya jelaskan di atas (tidak kecil dan tidak besar), maka saya ada definisi sendiri yang saya juga tetapkan sebagai satu KPI untuk ‘move on’ sebagai seorang pemilik bisnes (kecil dan sederhana).
Apakah definisi yang saya jadikan KPI tentang cashflow yang sihat itu?
1. Pemilik bisnes itu tidak ada sebarang kerunsingan untuk tempoh 12 bulan operasi tentang komitmen semua kos tetap (expenses) bisnesnya.
2. Dalam pengurusan kewangan ada akaun khas untuk duit masuk (inflows) dan duit keluar (outflows) serta akaun ketiga untuk simpanan (cash reserved).
3. Apabila ada cukup jumlah untuk 3-6 bulan kos operasi dalam akaun ketiga untuk simpanan. Ini bergantung kepada model bisnes sama ada berbentuk runcit, wholesale atau perkhidmatan.
4. Proses pemantauan (monitoring) pengurusan kewangan yang terprinci dalam setiap bahagian inflows (wang masuk) dan outflows (wang keluar). Maknanya, ada pengasingan yang jelas sama ada wang masuk itu adalah jualan semasa, kutipan hutang lepas atau lain-lain pendapatan dalam bisnes.
Begitu juga dengan outflow yang jelas sama ada ia adalah kos jualan (variable cost) atau perbelanjaan tetap (fixed cost). Jadi, apabila kita bercakap tentang bisnes ialah satu ‘cashflow game’ ia bergantung tentang bagaiman cara pengurusan bisnes dan fasa bisnes yangs edang dilalui.
Sebagai seorang intrapreneuer, saya kini lebih banyak duduk bersama pemilik bisnes dan membantu mereka melihat kepada perkara yang membolehkan mereka membuat keputusan penting bukan hanya untuk melalui fasa sukar yang berbentuk semasa, tetapi mencabar keupayaan dan impian mereka untuk satu tempoh yang lebih panjang ke hadapan.
Maka, bermula dengan ‘90 day plan‘, ‘3 year to 5 year growth plan‘ dan seterusnya kepada sejauh mana mereka mahu pergi. Jadi, begitulah juga pentingnya mengapa dan bagaimana cashflow, PnL dan balance sheet itu kepada pemilik bisnes.
It always within the framework of think big, start small. Achieve those small wins to reach your bigger goals.
