How High achievers Overcome Their Anxiety: 11 Perangkap Pemikiran yang Kita Perlu Tahu

How High achievers Overcome Their Anxiety: Strategies for escaping the most common ‘thoughts traps” by Morra Aarons-Mele, An article published in HBR March-April 2023

Tulisan ini adalah tulisan semula dengan sedikit ulasan dari perspektif peribadi.

ARTIKEL ASAL

PENDAHULUAN

Selepas membaca artikel ini, ada beberapa perkara penting yang saya dapati dan lihat ada kaitan langsung dengan diri saya juga. Pada hakikatnya, orang yang masuk dalam kategori ’high achievers’ ini banyak melalui keadaan yang sukar juga. Kita lihat seumpama tidak ada apa-apa, tetapi mereka juga mengalami ’anxiety’ seperti orang lain juga.

Dalam artikel ini, Morra Aarons-Mele, mengupasnya dengan terpinci dan memberi ruang kepada pembaca untuk membuat refleksi pada setiap bahagian tulisan beliau.

Bahagian pertama, beliau menyatakan bahawa penting bagi ’high achievers’ untuk tahu dan menerima hakikat bahawa mereka juga mengalami keadaan ini. Bimbang dan gelisah. Jadi, keadaan ini yang boleh jadi ’perangkap’ sering menjadi cabaran yang boleh menjadikan kejatuhan dan juga kenaikan penpcaian kepada individu yang memang selalu mempunyai pancapaian dalam bidang kerja dan hidup mereka.

Morra menyenaraikan 11 ’perangkap pemikiran’ yang mesti kita sebagai individu yang ’high achievers’ ini keluar daripadanya. 11 perangkap ini banyak diambil daripada tulisan David Burn, Feeling Good: The New Mood Therapy dan The Feeling Good Handbook. Beliau juga memasukkan beberapa yang lain.

11 PERANGKAP PEMIKIRAN DAN STRATEGI KELUAR DARIPADANYA

Mari kita lihat 11 perangkap pemikiran itu dan cara keluar daripadanya, sebagai mana yang ditulis oleh Morra. Saya juga kongsikan beberapa poin dalam perjalanan hidup keusahawanan yang saya juga sendiri lalui.

Perangkap Pemikiran 1: Pilih satu, tak perlu banyak fikir.

Maknanya, kita cenderung fikirkan bahawa setiap perkara itu ada 2 pilihan sahaja. Ya atau tidak. Hitam atau putih.

Jadi caranya ialah dengan mengubah kepada memikirkan ya dan tidak, hitam dan putih. Maknanya, gantikan ’atau’ dengan ’dan’. Apabila kita mengalamai situasi sukar untuk hal yang difikirkan ini, mesti ada penasihat yang dipercayai untuk mendapat perspektif berbeza.

Pendekatan ini juga saya banyak gunakan apabila bercakap dan membawa pendekatan kepada diri saya dan orang sekeliling. Contohnya, bagi seorang wanita, mengapa kita perlu pilih menjadi suri rumah atau bekerja? Apakah pilihan yang ada supaya kita boleh melunaskan tugas sebagai seorang suri dan juga seorang wanita bekerjaya? Contohnya, mengapa kita perlu pilih untuk membina kekayaan dengan bekerja atau berniaga? Bukankah kita masih boleh kaya dengan bekerja dan berniaga? Bukankah kita juga sebenarnya bekerja dalam perniagaan kita itu?

Perangkap Pemikiran 2: Melabel

Maknanya, kita cepat memberi label kepada keadaan sesuatu. Contohnya, berbanding dengan mengatakan bahawa, ”Saya buat silap.”, kita melabel diri kita, ”Saya memang gagal.” Kita cenderung melabel diri kita, gagal, tak layak dan seumpamanya. Caranya, gunakan ’balanced thinking’.

Jadi, cabar pemikiran kita. Jika kita fikir, ”Saya gagal.” Soal semula. Betul ke? Apa bukti saya gagal? Sebenarnya, gagal atau kesilapan yang biasa? Ada bukti yang saya memang akan sentiasa gagal setiap kali? Atau sebenarnya, ini kesilapan disebabkan faktor tertentu? Maka, dapat kita beri fokus pada bahagian yang perlu dibaiki dan melalui proses pembelajaran.

Pada tahun 2008, saya memulakan bisnes yang pertama. Pada tahun 2013, saya buat keputusan menjualnya. Kemudian, saya masuk ’venture’ baharu dan berhenti pada tahun 2018. Saya juga pernah terfikir, apakah saya ini memang gagal saja? Tak bertahan macam orang lain? Hakikatnya, ’lebeling’ inilah juga yang berlaku.

Jadi, apabila kita tahu bahawa ada tindakan yang kita buat itu betul dan ada yang silap, maka kita melihat kepada perkara itu sebagai proses pembelajaran. Lalu, kita menjadi individu yang lebih bijak dalam membuat keputusan. Fail early, fail cheap.

Perangkap Pemikiran 3: Terus buat kesimpulan

Ini ada dua perkara penting. Sama ada kita ’cepat membuat kesimpulan’ atau ’kita cepat bersangka’. Jadi, caranya ialah untuk menyemak dahulu. Jika ada peluang, tanya kepada individu berkenaan atau sahkan dahulu apa yang kita fikir dan sangka itu.

Kita sebenarnya sering berada dalam perangkap pemikiran ini tanpa sedar. Sekiranya kita menghantar mesej kepada seseorang contohnya, lalu tidak dijawab. Maka kita cenderung capat membuat kesimpulan orang tidak suka kita. Walhal, kita tidak pernah cuba membuat panggilan terus atau bertemu sendiri dengan orang itu untuk mendapat penjelasan. Adakalanya, ada sebab lain yang menyebabkan mereka tidak dapat menjawab mesje kita itu.

Keadaan suka bersangka juga begitu. Pernah satu ketika, ada kawan kita tidak menyapa kita, kita fikir sudah tentu ada perkara yang dia tidak suka pada kita. Walhal, kita sendiri tidak pernah bertanya kepada dia, apakah kemungkinan ada isu atau keadaan lain yang sedang dia hadapi.

Apabila kita melihat situasi ini, ada 2 pengalaman berbeza. Sama ada kita pernah ada orang seperti ini dalam hidup kita, atau kita menjadi orang seperti ini dalam hidup orang lain. Apa pun, kita ambillah cara yang sesuai untuk keluar daripada perangkap pemikiran yang mahu selalu terus buat kesimpulan!

Perangkap Pemikiran 4: Paling buruk

Perangkap pemikiran ini menjadikan kita sering melihat terus kepada kejadian paling buruk sebagai kesimpulan. Contohnya, apabila ada pergaduhan dengan pasangan, maka kita cenderung berfikir tentang penyelasaian ialah perceraian. Apabila ada ketidahsefahaman dengan Bos, maka kita trus buat kesimpulan paling buruk iaitu akan dipecat. Keadaan ini sering menjadikan kita berfikir tentang ’worst case scenario’ untuk semua situasi.

Bagi keadaan ini, mesti kita ingatkan diri bahawa kebimbangan ialah satu penipuan kepada diri sendiri baha semua perkara akan jadi buruk pada setiap masa. Ingatkan diri kita, ’apa yang kita rasa bukan fakta!’ Sekiranya kita masih ada cabaran ini, sentiasa fikirkan tentang apa yang boleh dilakukan dalam tempoh jangka masa pendek. Usah fikirkan apa yang akan berlaku tahun hadapan atau 3 bulan akan datang, tetapi fokus kepada apa yang boleh dilakukan dalam masa 1,2 atau 3 minggu akan datang.

Dalam keadaan tertentu, saya sendiri biasa melatih diri untuk merancang dan melihat kepada 90 hari. Maknanya, mesti lihat ke hadapan. Saya dapati, bukan semua orang mampu buat begitu. Namun, tidak mustahil. Jadi, pendekatan saya pula ialah dengan melihat satu kerangka yang lebih  sederhana panjang. Maknanya, selepas mempunyai satu cita-cita dan tujuan besar, fokuskan semula kepada perkara kecil yang boleh dibuat secara lebih pendek masanya. Mingguan dan harian.

Perangkap Pemikiran 5: Fokus yang salah

Satu lagi perangkap pemikiran yang berlaku ialah apabila kita tidak melihat semua yang baik tetapi memberi fokus kepada 1 perkara buruk, fokus kepadanya dan menjadikan semua menjadi buruk. Contohnya, apabila kita mengeluarkan satu idea, mekiun semua orang memberi maklumbalas baik, tetapi kita cenderung melihat 1 komen yang kritikal dan menyebabkan kita melihat keseluruhan idea kita itu buruk.

Satu cara yang praktikal dalam keadaan ini ialah dengan membudayakan satu cara dengan menyediakan senarai semua pencapaian dan pujian yang kita terima. Emel, komen, mesej dan semua input yang positif, pastikan disimpan sebagai rujukan. Jadi, ini boleh menjadi rujukan untuk memperbaiki mana yang perlu.

Saya ada ramai orang yang saya kenal dalam keadaan ini. Sebenarnya, ia bermula dengan rasa ’mahu bersopan’. Tidak mahu dilihat ’berlagak’. Jadi, apabila dipuji ramai yang menolak pujian kerana bimbang riak. Lalu, mereka fokus kepada kritikan. Walhal, budaya sebaliknya perlu iaitu bantakkan terima pujian supaya kita memberi fokus yang baik dan menjadi lebih baik kepad aorang lain.

Perangkap Pemikiran 6: Belum cukup

Keadaan ini sering menjadikan kita berfikir bahawa kita masih belum cukup bagus. Apa yang kita capai seumpama hanya satu kebetulan dan hasil daripada ketidakupayaan orang dan keadaan sekeliling, bukan sebab kita bagus. Ini jika berlaku secara serius menyebabkan kita tidak mahu meneruskan perkara yang sudah baik.

Cara mengatasi yang sama boleh diaplikasikan untuk perangkap pemikiran ke 5 dalam ’filtering’.

Rata-rata, inilah yang selalu ramai perlu mendengar orang lain berkata, ’You are enogh!’ kepada mereka.

Dalam budaya barat, banyak motivasi begini. Tetapi, bagi kita terutama yang beragama Islam, kita mesti kembali kepada asal kejadian kita yang merupakan ciptaan Allah. Diciptakan untuk berjaya menjadi  khalifah di muka bumi ini. Jadi, Allah menjadikan kita itu dengan kecukupan yang cukup sempurna.

Perangkap Pemikiran 7: Mendesak diri

Untuk ini, kita lihat apabila kita mula sering menggunakan perkataan ’should’ atau jika dalam bahasa biasa kita ‘sepatutnya’. Contohnya, kita sering menyebut, “Saya sepatutnya sudah mencapai satu tahap 5 dalam pemilaian bulanan’. Walhal, kita boleh Sahaja memberi fokus kepada, “Saya boleh mencapai tahap 5 dalam pencapaian bulanan’. Ayat ini memberi satau refleksi kepada pemikiran kita, sama ada kita terperangkap atau tidak. Perkataan seperti sepatutnya, mesti, semestinya menjadikan kita mendesak diri kita sendiri tanpa keperluan. We become demanding to ourselves.

Jika ini berterusan, ia akan menjadikan kita terperangkap dalam pemikiran yang menjurus kepada lebih kebimbangan dan kerisauan. Contohnya, ”Saya sepatutnya tahu apa yang ketua saya mahukan.” Sebaiknya tukarkan kepada, ”Saya tahu apa yang ketua saya mahukan.” Kemudian, lihat sama ada, ada atau tidak perkara yang kita boleh lakukan. Lakukan apa yang sesuai.

Sekiranya Tuan dan Puan lihat, inilah perkara yang boleh mewujudkan ’unnecessary stress’ kepada ramai orang. Tidak ada sesiapa yang menyedari, bahawa ramai yang sebenarnya mendesak diri tanpa keperluan. Siapa kita untuk memaksa diri endiri menjadi sepatutnya begitu dan begini? Siapa pula orang lain yang mengambil hak untuk memberitahu kita apa yang kita mesti jadi?

Ubah sahaja refleksi kepada apa yang kita beritahu kepada diri kita.

Perangkap Pemikiran 8: Banding diri

Perangkap pemikiran ini sering menjadikan kita berfikir bahawa orang lain lebih baik. Contohnya, apabila ada rakan yang mempunyai pencapaian lebih baik, maka fikirkan kita mula berkata, ”Dia selalu buat jualan lebih daripada saya. Sebab itu dia dapat banyak komisyen.” Ini akhirnya boleh menjadikan satu budaya bersaing yang tidak sihat.

Jadi, jadikan situasi ini kepada satu perkara yang kita jadi ingin lebih tahu. Contohnya, ”Wah, bagus pecapaian jualan dia bulan ni. Apa yang dia buat ya?” Ataupun kita tahu bahawa pencapaian seperti itu, bukan yang kita mahu.Jalannya ialah dengan memberi fokus apa yang kita mahu dan bagaimana kita boleh mencapainya. Tidak perlu bimbang dengan pencapaian orang lain.

Kesan paling buruk pernah saya lihat akibat daripada suka membandingkan diri dengan orang lain ialah keadaan tekanan mental. Bukan sekadar tekanan diri, tetapi kepada orang sekeliling. Biarlah orang lain dengan pencapaian mereka, kita raikan. Kita doakan dan sama-sama raikan kejayaan. Pada masa yang sama, kita fokus kepada kejayaan dan pencapaian kita sendiri. Fokus kepada apa yang kita mahu capai.

Perangkap Pemikiran 9: Meletakkan silap pada diri sendiri dan menyalahkan.

Keadaan ini banyak kali menyebabkan kita berfikir bahawa setiap yang berlaku itu ada kaitan dengan kesipakan diri kita meskipun ia adalah perkara yang di luar jangkaan kita. Contohnya apabila kita mendapat maklumbalas tentang laporan yang disediakan oleh salah seorang ahli kumpulan kita tidak tepat, kita terus mengatakan bahawa itu adalah bukti kita bukan seorang ketua yang bagus. Walhal, kemungkinan ada perkara lain yang meyebabkan laporan itu tidak seperti yang dijangkakan.

Menyalahkan pula, sering menjadikan kita melihat semua yang berlaku itu adalah salah orang lain yang tidak melihat dan mengikut cara yang sudah kita tetapkan sebagai ketua.

Bagi mengatasi pemikiran ini, sama ada meletakkan silap pada diri sendiri dan menyalahkan orang lain, kita mesti faham bahawa kesan dan akibat situasi tertentu mungkin berlaku disebabkan antara dua perkara ini. Salah diri kita dan salah orang lain juga. Kemudian, kita lihat bagaimana kita susunkan semula strategi supaya kesilapan tidak berulang.

Saya lihat, kunci di sini ialah bersederhana. Kita mesti menerima bahawa kita da buat siap, orang lain juga buat silap. Penting untuk kita sama-sama belajar dan sama-sama menjadi lebih baik.

Perangkap Pemikiran 10: Obses dengan memikirkan perkara buruk yng lepas, sekarang dan akan datang.

Ini adalah perkara biasa, tetapi boleh menjadi penyebab kepad amunculnya perkara lain yang besar. Beza antara pemikiran ini dalam keadaan berhati-hati dan obses ialah apabila obsesi ini tidak membolehkan kita berfikir dengan cara berbeza, menghalang kita untuk mengenalpasti solusi baharu.

Sepatutnya, dengan memikirkan bahawa perkara buruk mungkin terjadi, maka kita akan lebih berhati-hati, obses tidak begitu. Obses menyebabkan kita tidak mahu berindak dan bermlas-masalan untuk ’jalan terus’.

Jadi, satu cara ialah dengan menulis semua pemkiran kita dan meneliti sama ada kewajaran itu masih ada. Mana yang tidak logik, buang. Maka, ia memberi kita motivasi untuk meneruskan perjalanan.

Bersedia dengan keadaan paling buruk berdasarkan pengalaman, tidak perlu menjadikan kita obses kepada keadaan itu. Sebaliknya, besederhana dan bersedia menjadi orang yang lebih bijak untuk melalui perkara yang lebih mencabar.

Perangkap Pemikiran 11: Emosi sebagai sebab

Contohnya apabila kita berfikir, ”Saya rasa gerun dengan pengalaman jatuh tangga, sudah tentu bahaya jika naik turun tangga.” Atau, ”Saya rasa banyak sangat saya kena buat. Mestilah saya tak boleh buat kalau macam ni.”

Jadi, berikan kata-kata berbeza kepada diri kita. Contohnya, ”Saya rasa banyak sangat kena buat ni. Baiklah. Mari kita senaraikan semua tugas dulu.” Jadi, fokus kepada apa yang kita boleh supaya kita tidak terperangkap dengan sebab-sebab yang datang dengan emosi sahaja.

PENUTUP

Merujuk kepada semua 11 perangkap pemikiran yang dibincangkan oleh penulis asal artikel  Morra Aarons-Mele, saya juga berkesempatan membuat beberapa refleksi peribadi. Maka, saya yakin Tuan dan Puan yang membaca juga ada melalui perangkap ini. Ada yang sudah kita berjaya keluar daripadanya, dan ada antara kita yang masih ’terpenjara’ dalam pemikiran yang terhasil daripada ’anxiety’ kita sebagai seorang yang sentiasa ada pencapaian dalam diri dan hidup kita.

Bagi individu yang selalu ada pencapaian, konotasinya ialah kita ini orang berjaya. Adakala pandangan ini datang dari orang luar, Tetapi, secara peribadi, kita sendiri tahu bawa kita adalah seorang yang ’high achiever’. Jadi, biarkan kita sedar apa perangkap pemikiran yang boleh wujud secara sedar atau tidak, dan kita terus cuba praktikkan apa tindakan yang boleh mengeluarkan kita daripada perangkap pemikiran ini.

Anxiety yang merupakan satu bentuk kebimbangan, jika kita tidak kawal, kita tidak belajar untuk hidup dengannya, ia akan menguasai diri kita.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.