5 Prinsip Membina Networking (Jaringan)

Sepanjang bersama STARTLAH Innovation PLT, saya berpeluang berkenalan dengan Effectual Principle melalui modul dan konten yang dibina untuk memenuhi keperluan pendidikan keusahawanan.Tuan dan Puan boleh sahaja google dan dapat banyak maklumat tentang kajian Dr Sarasvathy di bawah carian ‘principles for effectuation’.

Salah satu prinsip yang jelas ialah tentang berkawan-kawan dan berkolaborasi yang dibincangkan panjang di bawah prinsip ‘crazy quilt’.Dalam perbincangan ini antara perkara penting ialah kebolehan dan keupayaan kita untuk ‘ask’. Seni ini ada banyak kaitan dengan kemahiran lain termasuklah ‘asking the right questions’ dan kemahiran mendengar (be interested to be interesting) apabila berjumpa dengan orang.

Prinsip effectuation ini lebih melihat kepada keupayaan kita untuk bertanya yang bermula dengan beberapa fasa ASK.

1. ASK you

Ini tentang bertanya kepada diri kita sendiri. Siapa saya. Apa yang saya tahu? Siapa yang saya kenal?

2. ASK who you know?

Siapakah yang ada dalam jaringan saya? Apakah risiko saya yang saya mahu minimakan melaluinya? Dengan itu apa yang saya oleh lakukan?

3. ASK strangers

Mahukan anda bekerjasama dengan saya? Bagaimana saya boleh minimakan risiko anda untuk bekerjasama dengan saya? Boleh kenalkan saya kepada orang lain?

4. Others ASK you

Bagaimana saya boleh bekerjasama dengan anda? Apa lagi yang boleh kita cipta bersama?

5. Others ASK on your behalf

Bagaimana kita boleh mencipta bersama dengan yang lain? Apa lagi yang boleh kita lakukan bersama? Dengan siapa lagi?

Semua 5 fasa ini juga merupakan pendekatan kesemua 5 prinsip effectuation.

*Adaptasi daripada Read, S. Sarasvathy, S, Dew, N, & Wiltbank R (2016)

Fasa 4 & 5 ini adalah hasil daripada fasa 1,2 dan 3. Apabila kita lihat dengan jelas, bermakna, ia merupakan satu proses yang mengambil masa. Dibina dalam satu tempoh melalui keupayaan, kekuatan dan kelebihan yang juga dibina satu persatu.

Apakah 5 prisip effectuation itu yang ada kaitan dengan 5 fasa ASK?

1. ASK you – mula dengan apa yang ada. (bird in the hand )

2. ASK who you know? – meminimakan risiko (affordable loss)

3. ASK strangers – menukar situasi kepada peluang (lemonade)

4. Others ASK you – berkawan-kawan dan berkolaborasi (crazy quilt)

5. Others ASK your behalf – fokus dengan apa yang kita boleh kawal (pilot in the plane)

Maka, apabila kita ingin kenal dan berjumpa dengan pihak atau orang tertentu, ia sebenarnya tentang siapa yang sanggup memberi kepercayaan kepada kita sehingga mereka yang datang bertanya kita (fasa 4) dan mereka yang menanyakan orang lain untuk kita, tanpa diminta (fasa 5). Satu perkara penting mesti kita faham ialah ‘asking is NOT selling’.

Usah hanya fokus kepada apa yang kita mahu sekarang (transactional). Ini menjadi kunci utama kepada hubungan jaringan yang lama dan panjang. Ia tidak semestinya kita selalu berjumpa (mengopi) dengan orang yang sama, tetapi cukup dengan ‘check-in’ dan berikan ‘pengalaman yang bermakna’ yang memadai kekerapannya supaya mereka ingat kita (personal brand).

Pada kebanyakan masa, pengalaman saya yang membolehkan fasa 4 dan 5 berlaku bukan melalui ‘first contact’. Tetapi, ia melalui beberapa orang lain yang memperkenalkan kita kepada orang lain.Apa maksudnya? Jika kita mahu jumpa A, adakalanya kita hanya dapat setelah kita berjumpa R, M dan D. Bukan sebab terus dapat jumpa A.

Jadi, jika kita mahu berkenalan dengan CEO syarikat, adakalanya kita ambil dahulu peluang yang ada untuk berkenalan dahulu dengan Ketua Jabatan dalam syarikat itu. Atau, apabila kita mahu berjumpa dengan ketua jabatan syarikat itu, kita mungkin dapat daripada peluang bertemu dahulu dengan Pengarah dalam syarikat itu.Ia tidak hanya melalui jalan A-B-C… sahaja.

Pengalaman membina jaringan ini tidak terhad dalam konteks perniagaan. Ia merupakan satu keperluan sosial yang perlu kita pelajari kemahirannya sejak awal lagi. Akhirnya, ia juga memenuhi keperluan kita untuk hidup dan memaknai kehidupan.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.