Tentang penulis:
Noraminah Omar ialah penulis kepada buku Cerita Kanak-kanak bergambar dalam siri “Little Froggies Looks for Friends” dan menupakan Naib Pesiden (Sistem dan Prosedur) di ABS Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menyokong syarikat ‘start-up’.
Nota: Artikel ini boleh diulang cetak dengan menyertakan biografi penulis.
Pengalaman dan apa yang dilihat
PELAJARAN:
Jumlah masa mempengaruhi konten penyampaian. Keberkesanan konten memerlukan masa yang mencukupi. Pelanggan mahu melihat impak dan output pembelajaran yang berterusan walaupun sedikit.
Saya memulakan karier dalam bidang pendidikan sebagai seorang guru tuisyen semasa saya masih menuntut di universiti. Akibat kekangan bajet dan keperluan perbelanjaan yang tinggi, saya mencari sumber pendapatan tambahan untuk kegunaan pembelajaran dan perbelanjaan harian.
Bantuan kewangan yang diterima sekadar cukup untuk yuran belajar dengan lebihan RM500 untuk bajet kegunaan bagi 6 bulan. Dengan modal sebuah motosikal peninggalan abang, saya memulakan kerjaya sebagai guru tuisyen di rumah.
Bermula dari situ, saya menceburkan diri secara serius menjalankan khidmat mengajar dari rumah ke rumah. Dengan memulakan kontrak 3 bulan bersama sebuah ejen pusat tuisyen, saya terus mengajar dari rumah ke rumah untuk tempoh 12 bulan sebelum tamat pengajian dan bersambung 12 bulan selepas menerima ijazah.
Memandangkan latar belakang pembelajaran saya yang berbentuk teknikal dan minat dalam penggunaan bahasa Melayu, saya fokus kepada 2 mata pelajaran khusus iaitu Matematik untuk Sekolah Rendah dan Menengah dan Bahasa Melayu untuk Sekolah Rendah.
Kehidupan yang selesa dengan pendapatan bersih RM3000 sebulan dengan waktu kerja yang sangat fleksibel membuatkan saya bertahan semala 24 bulan menjana pendapatan sendiri.
Namun, selepas itu beberapa persoalan mula timbul apabila saya sudah bosan ‘bekerja sendirian’. Saya boleh menganggap diri saya menjalankan bisnes sendiri pada waktu itu. Namun, ‘menjana wang sendirian’ tidak dapat memberikan cabaran yang cukup kuat untuk memotivasikan diri saya.
Dari situlah saya mula memikirkan secara serius untuk mendalami bidang pendidikan. Saya sedar, mendapatkan ilmu bisnes dan bekerja pada masa yang sama bukanlah mudah. Apatah lagi dengan situasi majikan yang sangat memilih pekerja.
Saya mula menceburi bidang pendidikan secara serius pada tahun 1999 dengan bekerja dengan sebuah syarikat yang memberikan khidmat kelas IT kepada anak-anak berumur 4-12 tahun. Syarikat pertama yang saya sertai merupakan sebuah syarikat yang memegang lesan sistem francais luar negara yang menggunakan sistem yang teratur.
Pengalaman saya melalui peraturan, proses dan prosedur bersistem membolehkan saya bekerja dengan baik dan mengikuti perjalanan pembangunan murid dengan teratur.
Walaubagamainapun, saya mendapati bahawa pertemuan bersama murid yang tidak berkala, tidak membolehkan saya mencapai tahap penyampaian input yang berkesan kepada anak-anak.
Konten dan cara pembelajaran yang tidak berterusan menyebabkan hasil pembelajaran tidak mencapai tahap seperti yang dijangkakan.
Saya mula memikirkan cara untuk mencari pengalaman mengajar di sebuah institusi pendidikan yang membolehkan saya mempunyai lebih banyak masa mengajar bersama murid yang bersifat berkala dan harian.