Bisnes dan Kepakaran

Pada satu ketika dahulu, saya tidak begitu memahami tentang perbezaan antara pakar pendidikan dan pakar bisnes pendidikan.

Bagi saya, mereka yang pakar dalam pendidikanlah yang boleh berbisnes dalam bidang pendidikan.

Mengimbas semula pengalaman saya ‘berkuli’ dengan 5 buah syarikat bisnes pendidikan, berikut adalah antara maklumat yang boleh di analisa.

SITUASI 1

Majikan saya yang pertama bukanlah pakar pendidikan, tetapi pakar bisnes. Beliau merupakan salah seorang rakan kongsi yang khusus menjaga bisnes pusat pendidikan yang dibuka di pusat Bandar.

 

Saya lihat ada beberapa perkara yang disusunkan:

  • Sebuah anak syarikat dibuka dengan meletakkan seorang rakan kongsi untuk mengurus dan memantau sepenuhnya bisnes itu.
  • Syarikat itu membeli sebuah program luar negara dengan status ‘master licensee’.
  • Beliau diberikan kuasa penuh untuk menjalankan operasi serta pengurusan kewangan bisnes.
  • Bahagian pemasaran dan pengurusan sumber manusia dijalankan secara bersama dengan bahagian pegurusan pusat syarikat.
  • Beliau melantik 2 orang pengurus untuk menguruskan 2 cawangan bisnes yang berjalan selama hampir 8 tahun tanpa pertambanhan cawangan.
  • Pengurus cawangan bisnes diberikan kuasa untuk menjalankan operasi bisnes di cawangan itu sepenuhnya.
  • Mereka jarang keluar bermesyuarat pada waktu pejabat. Namun, saya dimaklumkan bahawa laporan daripada setiap cawangan dihantar secara mingguan. Operasi di kedua-dua cawangan adalah menggunakan system dan SOP yang sama.

 

SITUASI 2

Majikan saya yang kedua pula, merupakan pakar pendidikan secara pentauliahan selepas meninggalkan kerjaya dalam bidang pembangunan sumber manusia selama 10 tahun di sebuah syarikat korporat.

 

  • Sebuah syarikat bisnes dibuka khusus untuk menjalankan bisnes ini. Beliau mempunyai syarikat lain yang menjalan bisnes restoran nasi daun pisang.
  • Beliau mengambil kursus pensijilan khas dalam bidang pendidikan dan mengambil seorang pakar dalam bidang pendidikan kanak-kanak untuk menggubal sendiri kurikulum dan system pembelajaran.
  • Beliau mempunyai 2 orang pengetua untuk menjaga bisnes yang dibuka di 2 lokasi berbeza. Cawangan pertama dibuka selepas 12 bulan cawangan pertama beroperasi.
  • Urusan sumber manusia termasuk latihan pekerja dijalankan secara berpusat. Program itu ada juga di adakan oleh pihak lain dan diadakan dengan kekerapan 3 bulan sekali.
  • Pegawai audit yang bertugas akan datang melawat premis bisnes sebulan sekali untuk meeriksa semua laporan dan operasi kerja kami di cawangan itu.
  • Pekerja disusun supaya boleh menjalankan semua tugas dan bersifat ‘multi-tasking’. Walaubagaimanapun, pekerja disusun dan dilantik mengikut kekuatan masing-masing.

 

SITUASI 3

Majikan ketiga pula merupakan ahli bisnes yang membuka rangkaian bisnes pendidikan yang baru. Beliau merupakan pewaris kepada sebuah bisnes syarikat pembinaan ternama.

 

  • Beliau telah membuka sebuah syarikat baru, membeli sebuah program pendidikan yang bersistem.
  • Beliau kemudiannya, melantik seorang pengetua yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang pendidikan kanak-kanak dilantik untuk menguruskan cawangan yang baru itu.
  • Pengetua itu bertugas untuk mengurus dan menyelenggarakan semua operasi bisnes di premis itu bermula daripada operasi, kewangan dan sumber manusia. Beliau juga merancangkan pelan pemasaran dan proses mendapatkan lessen untuk bisnes itu.
  • Proses laporan kewangan serta pembayaran gaji dilakukan bersama syarikat holding yang berada di pusat bandar.

 

SITUASI 4

Majikan saya yang keempat pula merupakan pakar pendidikan dengan pentauliahan dan pengalaman pendidikan. Beliau memulakan bisnes pendidikan bersama suaminya dan mengembangkan bisnes dari situ.

 

  • Beliau bersama suami telah membuka sebuah syarikat khusus untuk menjalankan bisnes.
  • Beliau menguruskan sendiri premis bisnes, melantik guru dan pekerja serta menyusunsemua operasi bisnes.
  • Beliau menyerahkan tugas ‘payroll’ dan penyediaan laporan akaun kepada pihak lain.
  • Semua proses, prosedur dan operasi harian disediakan sendiri.
  • Selepas 5 tahun beroperasi, sebuah cawangan baru dibuka dan pengurus cawangan baru dilantik.

 

SITUASI 5

Sebuah syarikat kecil yang menjalankan kelas tuisyen dan pengajian dewasa juga membuka ejensi kecil sebagai cabang bisnes dengan mengumpulkan data pelajar lepasan universiti dan guru sekolah untuk menjadi sebahagian daripada guru tuisyen di rumah mereka.

 

  • Mereka melantik seorang pegawai khas untuk menjaga data dan maklumat pelanggan  dan juga guru tuisyen.
  • Pegawai ini tugasnya adalah khusus untuk memadankan guru tuisyen dengan pelanggan.
  • Mereka berkongsi pendapatan dalam tempoh 3 bulan pertama untuk mengekalkan reputasi dan kepercayaan pelanggan. Guru akan diberikan sokongan khidmat nasihat menjalankan kelas.
  • Bulan pertama guru tuisyen hanya akan menerima 60% daripada yuran, 80% pada bulan kedua dan 90 % pada bulan ketiga. Bulan keempat dan seterusnya, guru tuisyen akan menguruskan sendiri bayaran secara langsung dengan pelanggan.

 

Ada beberapa perkara yang saya lihat unik dalam 5 model bisnes  pendidikan yang pernah saya lalui.
1. Pakar pendidikan yang berbisnes

2. Pakar bisnes yang menceburi bisnes pendidikan

3. Pakar bisnes dan pakar pendidikan yang membentuk tim untuk berbisnes

 

PELAJARAN

Perkembangan bisnes berkaitan secara langsung dengan cara pendiri bisnes menjalankan bisnesnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.