Bisnes Pendidikan yang berterusan

Selepas itu, pada tahun 2000, saya menggagahkan diri untuk memasuki dunia pendidikan kanak-kanak dengan pengalaman mengajar yang sedikit itu.

Saya bernasib baik apabila mendapat majikan yang sangat mengambil berat tentang pembangunan professional guru dan pembangunan system mengajar.

Tahun itu, bermulalah kerjaya saya sebagai seorang guru yang mengajar dengan kaedah Montessori kepada anak-anak kecil berumur 4-6 tahun.

Saya juga didedahkan tentang kemahiran asas menguruskan sebuah tadika apabile terlibat dalam proses pengendalian anak-anak pada sesi ‘day care’, urusan penyediaan makanan untuk anak-anak serta menjalankan aktiviti bersama ibu bapa.

Memandangkan saya tidak mempunyai kelayakan professional sebagai seorang guru pendidikan awal-kanak-kanak, maka saya tidak melepaskan peluang untuk menghadiri semua kelas dan program latihan yang disediakan oleh majikan saya pada masa itu.

Malah, saya menghadiri sendiri beberapa kelas dan program pentauliahan sebagai seorang guru tadika.

PELAJARAN

Kemahiran mengajar dan penyampaian konten boleh dipelajari. Semakin tinggi kemahiran semakin tinggi nilai pembelajaran kepada pelanggan. Pelanggan mahu melihat hasil berterusan meskipun sedikit.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.