Tentang penulis:
Noraminah Omar ialah penulis kepada buku Cerita Kanak-kanak bergambar dalam siri “Little Froggies Looks for Friends”. Beliau aktif menulis di blog www.noraminahomar.com
“FOLLOW” beliau di FB Peribadi (Bisnes) dan FB Penulis (Nora Omar).
Nota: Artikel ini boleh diulang cetak dengan menyertakan biografi penulis.
Kemahiran Mengurus
Arifah adalah seorang wanita bekerjaya sebagai guru tadika semenjak beliau meninggalkan bangku sekolah. Atas sebab-sebab tertentu, Arifah hanya menamatkan sijil STPM tanpa menyambung pelajaran.
Setelah hampir 7 tahun beliau mengajar di tadika dan taska yang sama, beliau membuat keputusan untuk menimba pengalaman di sekolah lain sementalah beliau baru sahaja berkahwin dan berpindah.
Rezeki Arifah memang baik. Beliau diterima bekerja sebagai guru di sebuah tadika elit di Kuala Lumpur. Berdasarkan kekuatan komunikasi beliau dalam bahasa Inggeris, beliau telah dinaikkan sebagai pengurus selepas setahun mengajar di tadika itu.
Menguruskan tadika elit rupanya tidak semudah yang disangka. Kemahiran komunikasi berbahasa Inggeris semata-mata tidak mencukupi. Arifah tidak dapat membahagikan masa dan tugas yang bertimpa-timpa.
Tambahan pula memimpin sekumpulan guru muda dengan pelbagai ragam agak menekan. Meskipun begitu, Arifah mendapat sokongan suami dan beliau meneruskan juga kerjayanya sebagai pengurus di situ.
Selang 6 bulan, pihak pengurusan pusat pendidikan itu mula memperkenalkan beberapa sistem pengurusan baru. Beliau sudah perlu menguruskan banyak perkara menggunakan system berkomputer.
Namun, semakin banyak perubahan pengurusan bersifat ala-ala korporat, semakin Arifah berasa tertekan dengan KPI kerja beliau.
Akhirnya, setelah 18 bulan menjadi pengururs, Arifah minta ditukarkan jawatan kepada guru sahaja. Atas sebab-sebab tertentu, pihak pengurusan tadika itu bersetuju menukarkan jawatan Arifah dari pengurus kepada guru semula dengan memenuhi syarat untuk bertukar ke cawangan lain.
Arifah mendapati dirinya sukar untuk melalui semula sistem pekerjaan sebagai seorang guru dan masih mempunyai cara fikir dan kerja seorang pengurus.
Akibatnya, pengetua dan guru di cawangan itu menghantar laporan tidak puas hati kepada pihak pengurusan tadika.
Selang 2 bulan, Arifah tidak lagi bekerja di tadika tersebut. Beliau membuat keputusan untuk berhenti.
Namun, Arifah bukanlah seorang yang mudah berputus asa. Memandangkan beliau sudah biasa dengan kehidupan yang sibuk, beliau meneruskan usaha dengan manjalankan perniagaan kecil-kceilan dari rumah secara ‘online’.
Beberapa perkara yang pernah dikongsikan adalah berikut:
1. Menguruskan bisnes servis yang melibatkan pengurusan pelanggan (manusia) amat memenatkan. Ia memerlukan sokongan emosi dan sokongan sistem yang kuat.
2. Meskipun ‘gaji’ yang besar adalah motivasi untuk bekerja, ketenangan dan keseronokan bekerja adalah lebih utama.
3. Kelulusan tertentu membantu beberapa tugas tertentu dijalankan dengan baik dan lancar. Kemahiran mengurus yang berbentuk teknikal memerlukan panduan.
4. Kekuatan kawalan emosi diri dan motivasi peribadi banyak terkesan oleh keadaan dan situasi ahli keluarga terutamanya pasangan hidup.
PELAJARAN
Perubahan struktur dan pembangunan menyebabkan perubahan suasana kerja dan bisnes. Apabila perubahan tidak dapat diserasikan, keluar adalah jalan terbaik.
Kemahiran tertentu memerlukan kelulusan yang menunjukkan tahap kepakaran yang tertentu.
.