Tentang penulis:
Noraminah Omar ialah penulis kepada buku Cerita Kanak-kanak bergambar dalam siri “Little Froggies Looks for Friends” dan menupakan Naib Pesiden (Sistem dan Prosedur) di ABS Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menyokong syarikat ‘start-up’.
Nota: Artikel ini boleh diulang cetak dengan menyertakan biografi penulis.
Keperluan dan Kemahuan
Rosma adalah seorang anak yatim dan merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Sejak dari mula, Rosma memang memilih untuk bekerja di tadika sebagai guru kerana minatnya dalam bidang itu. Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang pengurusan pejabat.
Memandangkan Rosma mempunyai kelulusan sijil SKM yang bertaraf Diploma, beliau agak biasa dan mahir menguruskan tugas pengkeranian dengan baik walaupun kurang pengalaman kerja.
Beliau bermula dengan bekerja dengan sebuah tadika indie yang berdekatan dengan lokasi rumahnya. Rosma masih bujang dan mempunyai kenderaan sendiri yang dipinjamkan oleh ayahnya.
Setelah bekerja selama 2 tahun, Rosma bertekad mahu menambah nilai kepada kerjaya mengajar di tadika. Rosma mengambil keputusan untuk bertukar kerja ke sebuah tadika di bandar yang menawarkan khidmat yang premium dengan gaji yang setimpal.
Rosma bernasib baik dan diterima bekerja disebuah tadika elit di pusat bandar. Sepanjang bekerja beliau berazam untuk menambah pengetahuan dan menhghadiri semua sesi latihan. beliau juga mengambil semua peluang yang diberikan oleh majikannya untuk menguruskan hal-hal pejabat meskipun bukan bidang tugas beliau.
Selepas 2 tahun, beliau dinaikkan jawatan sebagai pengurus cawangan. Pada waktu itu, beliau dapati agak sukar untuk memenuhi keperluan sistem sekolah elit. Ini bertambah lagi dengan para guru yang lebih tinggi kemahiran dan kelulusan daripada beliau.
Pada mulanya, Rosma memang berhajat mahu membuka tadika yang menawarkan perkhidmatan premium dengan harga yang premium. Namun, apabila meneliti semula kedudukan kewangan dan kemahiran sedia ada di tangan, Rosma mula mencari sumber dan menilai semula peluang lain.
Cabaran demi cabaran menyebabkan Rosma berazam untuk menimba pengalaman dan membuka bisnes sendiri. Melihat kepada pengalaman pengurusan tadika elit itu, Rosma merancang untuk membuka sebuah taska yang memerlukan modal yang agak rendah berbanding tadika elit.
Selepas mendirikan rumah tangga, Rosma meletakkan jawatan. Beliau mendapat sokongan suaminya dan memulakan bisnes taska berdekatan dengan kawasan tempat tinggalnya.
Meskipun tidak mudah, Rosma sudah memilih apa yang beliau yakin dan boleh melakukannya. Bagi Rosma, pengurusan taska dalah lebih mudah untuk beliau kendalikan berbanding tadika. Beliau yakin dan faham, meskipun beliau mahukan sesuatu tidak semua itu beliau mampu.
Semasa mendapatkan maklumat beberapa perkara berikut saya dapati baik untuk dikongsikan:
1. Perkhidmatan bertaraf premium untuk golongan elit memerlukan kekuatan kawalan emosi diri, kewangan dan kepakaran mengurus bisnes yang lebih tinggi.
2. Sokongan ahli keluarga memberikan kesan kepada kuatnya keputusan yang kita ambil dalam bisnes.
3. Bagi seorang perempuan, kita banyak meletakkan keluarga (dan suami) mendahului semua perancangan. Sesekali, keputusan bisnes memerlukan pengorbanan dari ahli keluarga.
4. Cita-cita dan kemahuan kita mesti diselaraskan dengan kapasiti yang kita ada.
5. Memulakan bisnes dengan saiz yang kita mampu dan selesa adalah permulaan yang baik. Bermula dengan apa yang ada ditangan.
PELAJARAN
Apa yang kita mahu bukanlah semestinya apa yang kita perlu.
Adakalanya, kita memerlukan lebih daripada satu perkara yang membolehkan kemahuan itu dipenuhi.