MENILAI KEPUTUSAN untuk Meneruskan BISNES

Tidak ramai yang mengetahui bahawa proses yang paling penting sebelum meneruskan keputusan untuk terlibat dalam bisnes ialah untuk mengesahkan persediaan diri sendiri.

Dibawah ini disertakan 3 langkah ringkas untuk menaganalisa semula.

1. Lihat tujuan dan Objektif

Pada satu ketika ramai yang memberitahu saya baha berniaga dalah untuk mendapatkan kebebasan. Bebas untuk membuat keputusan. Bebas dengan waktu kerja dan waktu untuk diri sendiri.

Namun, ia bukan seindah seperti yang diceritakan.

Memilih untuk berbisnes bererti kita sudah memilih satu jalan hidup. Jalan ini memerlukan destinasi dan strategi untuk sampai.

Kenderaan apakah yang bakal dipilih dan bersama siapakah perjalanan itu akan dilalui adalah antara keputusan yang sangat susah untuk dilakukan.

Oleh itu, tujuan dalam bisnes adalah penting. Tujuan perlulah bersifat spesifik dan mempunyai tempoh masa untuk dicapai. Mulakan dengan objektif yang boleh dicapai dalam tempoh 3 bulan pertama. Kemudian teruskan untuk 6 bulan seterusnya. Kemudian dirancangkan seterusnya.

Setiap pencapaian yang mahu dicapai mestilah dikategorikan dan dengan itu mudah untuk dijelaskan.

Pada kebiasaannya ada 3 kategori objektif yang boleh digariskan.

1. Pengurusan

Contoh:

Kadar ‘turnover’ tenaga pengajar dalam tempoh 11 bulan pembelajaran hanyalah 3%.

2. Kewangan

Sebagai contoh:

‘Saya akan mendapat 50 orang murid dengan jumlah kutipan sebanyak RM50ribu sebulan.’ Ini adalah objektif jualan dan kutipan.

3.Pencapaian murid

Sebagai contoh:

Murid-murid yang mendaftar akan berhenti menangis selepas 3 hari bersekolah.

Dengan adanya objektif yang berkala dan bersifat ‘boleh-capai’, keputusan yang cepat dan tepat boleh dilakukan dengan mudah.

Apabila keputusan untuk berbisnes boleh dibuat sebegini, bermakna seseorang itu sudah bersedia untuk berada dalam bisnes.

 

2.  Semak Persiapan diri : Kemahiran dan Mentor

Tidak dapat dibnafikan bahawa kemahiran dalam industri membantu orang bisnes Berjaya dalam bisnesnya.

Sebagai contoh, seorang pengusaha kedai kek perlu tahu selok-belok dan tatacara membuat kek. Walaubagaimanapun, tidak semua pembuat kek boleh berbisnes.

Oleh itu, dalam industri pendidikan kanak-kanak, seseorang yang sudah bersedia, mesti tahu tentang selok-belok dan keperluan bisnes, meskipun beliau bukan pakar pendidikan kanak-kanak.

Berikut adalah 3 kemahiran asas dalam bisnes pendidikan.

1. Model bisnes perniagaan dan operasinya

Seseorang yang mahu menceburi diri dalam bisnes pendidikan kanak-kanak mestilah faham tentang perjalan dan proses pengurusan harian. Ini termsuklah jam operasi dan jadual serta takwim tahunan.

2. Kawalan kewangan

Pegetahuan asas kewangan yang ringkas mestilah menjadi salah satu factor penting untuk berbisnes. Seseorang itu tidaklah perlu menjadi pakar akaun, tetapi memadai faham terma dan cara perkiraan seperti kredit dan debit dalam dokumen kawalan aliran tunai.

3. Pengurusan berpengaruh

Semua jenis bisnes memerlukan transaksi wang. Transaksi ini hanya berlaku apabila ada dua pihak terlibat. Yang membeli dan yang menjual.

Dalam konteks bisnes pendidikan, pengurusan tim dan sumber manusia adalah antara isu yang paling hangat diperkatakan. Namun, pada masa yang sama masih banyak tadika dan pusat pendidikan yang beroperasi dengan kadar pertukaran guru yang sangat rendah.

Beberapa jenis pengurusan asas yang berasaskan teknik nabi merupakan sesuatu yang perlu di telusuri oleh pengusaha tadika.

Dalam kes ini, kehadiran MENTOR adalah sangat penting buat seseorang yang mahu berbisnes. Mentor ialah seseorang yang boleh dijadikan rujukan untuk membuat keputusan-keputusan bisnes.

Mentor tidak semestinya mereka yang berada dalam industri bisnes yang sama. Tetapi mentor mestilah mereka yang sudah melepasi tahap perkembangan bisnes dan berada dalam fasa stabil dan berkembang.

Mentor dapat memberikan sokongan moral yang kuat kepada menteenya.

 

3. Rujuk bisnes model : Sistem

Ramai yang menyangkakan bahawa sistem hanya meibatkan francais. Sistem and dokumentasi yang sering disebut sebagai SOP ialah salah satu ciri sistem francais.

Namun, mana-mana bisnes memang  memerlukan dokumentasi serta pembangunan sistem sokongan yang baik untuk melancarkan sistem pengurusan tanpa perlu bergantung kepada mana-mana individu.

Banyak berlaku apabila seorang guru berpindah, beberapa orang guru lain akan ikut serta. Pada masa itu, tanpa sistem serta dokumentasi yang baik, pengurusan tadika dilihat seperti ‘berpindah’ juga.

Dalam kes ini, seseorang yang mahu menceburi bisnes pendidikan boleh melihat beberapa sistem sedia ada untuk dipilih:

  1. Sistem pusat pendidikan francais
  2. Sistem pusat pendidikan PERMATA
  3. Sistem pusat pendidikan terbuka

Ada banyak lagi jenis pendidikan sistem yang sedaia dengan sistem tersendiri untuk dipilih.

Banyak situasi menunjukkan bahawa sistem adalah satu faktor besar yang menyumbang kepada kejayaan bisnes berkembang dengan maju.

Namun, sistem ketahanan diri orang bisnes itu sendiri merupakan kunci utama kepada kekuatan sistem perniagaan.

Cara hidup dan kepercayaan pengusaha bisnes pendidikan itu dengan sendirinya memberi banyak pengaruh kepada kelangsungan bisnes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.