FB : Media untuk Membina Jaringan

Tentang penulis:

Noraminah Omar ialah penulis kepada buku Cerita Kanak-kanak bergambar dalam siri “Little Froggies Looks for Friends” dan menupakan Naib Pesiden (Sistem dan Prosedur) di ABS Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menyokong syarikat ‘start-up’.

Nota: Artikel ini boleh diulang cetak dengan menyertakan biografi penulis.

 

Jaringan bisnes era ini bukan sahaja bermula dengan aktiviti pertemuan. Selain menghadiri pelbagai aktiviti dan program, membina jaringan melalui media sosial, FB menjadi satu aktiviti penting bagi orang bisnes.

Menyertai delegasi program juga adalah peluang membina jaringan.
Menyertai delegasi program juga adalah peluang membina jaringan. Ia bermula dari FB.

Selain daripada itu, Tweeter dan Instagram mula mengambil tempat untuk jaringan gen -Y dan generasi milenia.

Beberapa perkara mudah yang sudah banyak kali diulang oleh ramai penulis disebutkan sekali lagi di sini.

 

1. Mengisikan bahagian ‘About’ dengan maklumat tepat dan jelas.

Maklumat asas termasulah, nama, jenis bisnes, lokasi dan nilai tawaran (kepakaran diri) membantu yang lain mengenali kita.

Penggunaan nama penuh dan gambar yang profesional meninggalkan ‘wedge effect’ yang kita tidak sedari.

Ramai yang menyangka bahagian ini tidak penting. Malah nama dan gambar profile juga diletakkan secara semberono. Ada yang menyatakan kebimbangan lain dan keburukan meletakkan gambar sebenar di FB.

Apapun, memasuki jaringan bisnes memerlukan keberanian dan kebijaksanaan yang cukup untuk mengambil keputusan ini. Keputusan untuk meletakkan nama sebenar, gambar dan maklumat diri yang sebenar.

 

2. Berbeza, berpandangan jauh.

Kandungan ‘timeline’ yang memenuhi ciri-ciri maklumat dan pendekatan konten. Sesi dan posting santai tidak bermakna ‘sampah’. Setiap yang ditulis meninggalkan kesan meskipun ianya hanya gurauan.

Pilih untuk ‘hidden on timeline’ untuk mana-mana posting yang tidak berkenaan. Fungsi-fungsi FB yang asas mestilah digunakan semaksimanya.

Ramai yang menyangka FB ini hanya taip dan tekan ‘post’ sudah mencukupi. Terdapat banyak fungsi kawalan ‘setting’ yang membolehkan kita mengawal apa yang kita baca dan boleh lihat serta apa yang boleh dilihat dan dibaca oleh orang lain. Ada juga fungsi untuk ‘melindungi’ akaun FB kita.

Orang bisnes perlu mengambil sedikit masa untuk memahami fungsi am di laman FB untuk benar-benar mendapat impak pembinaan jaringan daripadanya.

 

3. Bantu orang lain

Berkongsi maklumat, panduan, aktiviti amal dan bantuan yang dianjurkan oleh rakan-rakan. Kesilapan mungkin juga berlaku. Adakalanya, maklumat dari rakan yang kita tidak boleh kenalpasti adalah maklumat yang tidak boleh dipercayai.
‘Share’ hanya maklumat yang betul. Ia mengambil sedikit masa kita untuk menilainya. Namun, ramai yang akan mendapat manfaat dengan inisiatif kita yang sedikit itu.

 

4. Kekalkan integriti, bina kepercayaan dan reputasi

Menetapkan jalan cerita di ‘timeline’, mengemaskinikan ‘posting’ yang kelihatan di ‘wall’. Ramai yang menyangka ruang FB dan media sosial yang lain adalah ruang untuk bersantai. Ia memang boleh dugunakan untuk bersantai.

Bergantung kepada tujuan kita menggunakan FB. Secara amnya, orang bisnes mempunyai tujuan yang khusus dan mengambil kira setiap saat yang digunakan, agar ia memberi hasil.

Bantu rakan membaca dengan mudah melalui  penulisan TAJUK POSTING yang mudah. Ia memberi peluang untuk mereka ‘screen’ paparan dan status mana yang perlu dibaca.

Membalas PM sekalipun lewat juga dalah antara perkara yang dapat meningkatkan integriti. Sesekali, semak bahagian ‘inbox other’ untuk melihat sekiranya ada surat yang terlepas ke sana.

Sudah ramai orang bisnes yang berjaya membina jaringan melalui FB dan juga media sosial yang lain. Secara perlahan-lahan, mereka membina ‘tribe’ dan pengemasan idea mereka mula diterima oleh orang lain.

Kemudian, ianya dilihat sebagai ‘channel’ kepada perkembangan bisnes mereka secara sedikit demi sedikit. Ini bertambah kemas dengan kemahiran ‘content marketing’ yang mereka mula amalkan.

Orang berminda bisnes, sentiasa meliat semuanya sebagai peluang. Hatta, satu ‘LIKE’ dan ‘retweet’ itu, memberikan mereka inspirasi dan harapan.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.