Jaringan Bisnes : Mengapa?

Tentang penulis:

Noraminah Omar ialah penulis kepada buku Cerita Kanak-kanak bergambar dalam siri “Little Froggies Looks for Friends” dan menupakan Naib Pesiden (Sistem dan Prosedur) di ABS Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menyokong syarikat ‘start-up’.

Nota: Artikel ini boleh diulang cetak dengan menyertakan biografi penulis.

 

Membina jaringan bisnes mempunyai prinsip dan falsafahnya yang tersendiri. Ramai orang bisnes bergerak dengan jaringan bisnes yang membolehkan mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Jaringan bisnes penting untuk orang bisnes supaya mereka dapat bertemu dan membina hubungan dan kaitan dengan orang lain. Ia juga banyak digunakan oleh orang bisnes sebagai salah satu strategi yang dikenali sebagai ‘economy of connections’.

 

Noraminah - WENA

 

Antara yang jelas dalam jaringan bisnes ialah manfaat bersama.

Maka apabila kita mahu masuk dan menyertai jaringan bisnes sedia ada, beberapa perkara kita tanyakan dahulu.

1. Apakah yang menyebabkan orang lain perlu mengenali kita?

Memang ada pihak yang akan melakukan sesuatu tanpa balasan kepada orang lain. Mungkin sekali atau dua sahaja. Hakikatnya, mereka memerlukan sesuatu sebagai balasan.

Mengucapkan terima kasih mungkin boleh. Namun, bagi sebahagian besar orang lain, mereka memerlukan sesuatu yang lebih konkrit.

Berdasarkan sesetengah situasi ia melibatkan nilai pertukaran dan juga sejarah perhubungan seseorang itu.
Sama ada ia dinyatakan secara terbuka atau tidak, hakikat ini tetap sama. Dalam bisnes, ‘buat duit’ adalah objektifnya.

2. Apakah yang membolehkan mereka akan menceritakan tentang kita kepada orang lain?

Nama kita disebut orang dalam jaringan mereka adalah salah satu impak yang diinginkan oleh semua orang. Ada yang menyebutkan ini sebagai ‘word of mouth marketing’.  Ini bukannya perkara mudah, tetapi boleh dilakukan.

Jadi, apakah yang membolehkah orang menyebut nama atau bisnes kita di hadapan orang lain? Aspek yang utama ialah kepercayaan, kredibiliti dan integriti.

Secara mudahnya, mahukah kita sebutkan nama orang yang kita tidak percaya kepada mereka yang sangat penting dalam jaringan kita?

Jawapannya sudah tentu tidak!

Semua orang sebenarnya berada dalam jaringan bisnes masing-masing. mereka bukan sahaja orang yang terlibat dalam bisnes, malah ada juga yang terlibat secara tidak langsung.
Sesama pekerja, mereka juga mempunyai jaringannya. Sesama pengurus, pembekal dan semua orang yang mempunyai tugas tertentu di pelbagai peringkat mempunyai jaringan yang tersendiri.

Jaringan bisnes berlaku sama ada semasa program berstruktur mahupun di alam maya melalui pelbagai media.

NOTA:
FB adalah salah satu ‘channel’ membina jaringan dan ‘tribe’ yang baik.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.