26 KM RIDE : Am I a CEO Material?

Naskhah ini merupakan kompilasi pengalaman yang ditulis dengan gaya cerita.
Tiada sebarang perbincangan teknikal.
Saiz A5 dengan saiz teks 12

SISIPAN:
KM 26 : Syarikat Dan Waris

Menjalankan bisnes merupakan satu aktiviti yang ada bersamanya objektif dan tujuan tertentu. Majoriti orang bisnes yang saya temui, mahukan bisnesnya dapat diwarisi. Tidak kiralah apa fasa dan saiz bisnesnya sekarang.

Dalam salah satu kelas bisnes, saya didatangi oleh seorang peserta. Dia berkata, “Puan, saya nak tanya.”

Saya memandangnya, senyum lalu menjawab, “Ya, ada apa Cikpuan?”

“Begini. Saya sebenarnya membuka syarikat dengan ayah saya. Saya buat bisnes menjual produk kecantikan. Tahun ini, syarikat sudah mula buat duit.”

Saya masih diam dan angguk-angguk. Dia menyambung, “ Situasinya, ayah saya ada dua isteri. Saya anak isteri kedua. Isteri pertama dan anak-anak bukan orang bisnes. Bisnes yang ini memang ayah saya yang modalkan. Jadi, macam mana Puan?  Saham ayah saya dalam syarikat saya ini, tentulah anak-anak mak nombor satu pun boleh tuntut bukan?”

Saya diam. Ya. Ini hal persyarikatan. Saya pula bukan peguam yang menguruskan harta dan pusaka. Malah, tidak ada kelulusan pun. Saya menelan air liur.

Sambil berfikir, saya menjawab. “Dalam syarikat yang ini, pemegang sahamnya hanya Cikpuan dan ayah?”

Dia mengangguk. “Tapi, ayah saya memang ada buka satu syarikat lain. Dalam syarikat itu nama kami semua dan anak-anak dia ada.”

Spontan saya berkata, “Oh… berapa ramai adik-beradik semuanya?”

“12 orang Puan. Tapi, syarikat yang ini saja yang memang ‘solely’ saya dan ayah saya pegang saham. Itulah. Saya nak tahu macam mana. Saya kalau boleh tak mahulah ada tuntutan yang bukan-bukan nanti. Ayah saya pun umurnya sudah masuk 80an.”

…….

RM10.00

Share

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on twitter
Share on linkedin

Naskhah ini merupakan kompilasi pengalaman yang ditulis dengan gaya cerita.
Tiada sebarang perbincangan teknikal.
Saiz A5 dengan saiz teks 12

KANDUNGAN

 Tentang Penulis

PRELUDE: “Am I a CEO material?”

KM 1: WAKTU UNTUK MENILAI

KM 2: “Ikat perut”.

KM 3: Budaya bermula melalui bicara.

KM 4: Nilai persahabatan.

KM 5: Beruntunglah…

KM 6: “Bukan saya tak buat kerja…”

KM 7: Curang dalam Bisnes.

KM 8: “Komunikasi, Facebook dan Budaya Copy- paste

KM 9: Menulis, Maruah dan Bisnes.

KM 10: Nakhoda dan anak kapal.

KM 11: Sungai yang tenang, jangan disangka tiada buaya.

KM 12: Ayat berani…

KM 13: Manis dan pahit berbisnes sendiri.

KM 14: Antara Membeli Orang Dan Membeli Bisnes Orang

KM 15: Apabila Kebebasan Menjadi Penjara

KM 16: Jalan Terus

KM 17: Emosi dan Tekanan

KM 18: Unfair Advantage

KM 19: Bisnes Saya Dirompak

KM 20: Bukan Semuanya Sekarang

KM 21: Perubahan Suasana Kerja

KM 22: Belajar Mengurus Bisnes yang Diwarisi

KM 23: Belum masuk sudah mahu keluar.

KM 24: Kisah Staf Tidak Buat Kerja dan Gaji

KM 25: Saya ‘Resign’, Saya ‘Quit’

KM 26: Syarikat dan Waris

Penutup: DI RUANG PARKIR SEMENTARA: “Allah knows best…”

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “26 KM RIDE : Am I a CEO Material?”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.